Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Tanjung Bidara 2014: Menuju pantai

Koleksi foto yang Tedi ambil semasa kami menuju kawasan pantai di Tanjung Bidara sekitar jam 6 petang.



Apa jadi jika seekor beruang terbang?
Dia akan ditangkap polis!!!


Banyak bloglist

Banyak bloglist dalam interpretZZ ni.
Itu belum masuk yang Tedi tak sempat kemaskini, kalau kemaskini tentu lagi banyak berjuta-juta lemon.

Bloglist ini penting bagi Tedi sebab di sana ada banyak kiriman yang Tedi gemari.

Malangnya Tedi rasakan kehadiran bloglist itu menambahkan berat badan Tedi... eh... memberatkan blog Tedi ni.

Hal ini diakui oleh satu pembaca interpretZZ yang setia, iaitu diri Tedi sendiri (Tedi memang suka baca interpretZZ... hahahaha)

Jadi Tedi merancang nak memindahkan semua senarai blog ikutan Tedi ke satu laman yang terasing.

Setelah Tedi mengkaji apa alternatif yang wujud di luar sana, akhirnya Tedi berjaya memindahkan bloglist yang ada banyak kiriman tu... semoga selepas ini interpretZZ akan lebih laju supaya senang Tedi baca tulisan sendiri.

Inilah hasil tangan Tedi... hehehe...


Fantasy Jungle Food.. Tedi datang..

Mommy sedang menyiapkan cenderahati tetamu untuk majlis perkahwinan Mak Lang. Teddy tak tahulah sama ada benda tu betul disebut cenderahati, tapi Mommy panggil door gift. Kalau kawan-kawan Tedi yang duk di Amerika Syarikat biasalah kot sebut door gift ni.

Tedi sebagai beruang Malaysia cukuplah sebut cenderahati, kan? Takkan nak sebut hadiah pintu pula kan? Nampak sangat terjemahan langsungnya (direct translation) nanti.


Tak mahulah nanti Tedi disampuk oleh Usop Welcha dengan nasihat, "itulah pentingnya English education." Jadi, Tedi nak jadikan cerita, Mommy minta Tedi cari di manakah tempat paling bagus untuk dapatkan makanan ringan (jajan) yang murah-murah (kalau bukan tersangat murah).

Mommy kata nama tempat itu adalah Fantasy Jungle Food. Mommy dah cari siap-siap, Tedi cari peta je.. hehe.. (Maaf cakap, Mommy tak reti baca peta.. hik hik.. tak kiralah peta atas kertas atau Google Maps..)



Mencari dan mencari, di manakah tempatnya? Tedi dapati ia berada di Wangsa Maju, j…

Dinosaur mungkin ada di Malaysia berjuta tahun lalu

Seronok Tedi membaca berita tentang Dinosaur Malaysia ni...
Ahli kaji bumi tidak menyangkal dinosaur mungkin pernah hidup di Malaysia berdasarkan bukti daripada beberapa kawasan di negara ini dengan batuannya berusia Jura-Kapur antara 203 juta hingga 65 juta tahun lampau sesuai untuk haiwan purba berkenaan hidup.

Ini dikuatkan lagi dengan penemuan tulang femur kiri, dinosaur sauropod yang pertama ditemui di Khon Kaen di Timur Laut Thailand pada 1976 dalam batuan berusia Jura-Kapur.




Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Datuk Yunus Abd Razak, berkata kawasan berusia Jura-Kapur dijumpai di Gunung Panti, Johor dan di Gunung Gagau yang bersempadan dengan Terengganu, Kelantan dan Pahang memberi keyakinan bahawa fosil dinosaur boleh ditemui.
“Bagaimanapun setakat ini kami belum bernasib baik untuk menemui fosil dinosaur kecuali fosil tumbuhan berusia Jura-Kapur yang hanya ditemui dalam lapisan batu pasir setakat ini”, katanya kepada media selepas melawat lokasi penemuan fosi…

Sarapan di Medan Selera Kota Warisan

Pagi tadi sekitar jam 7.30, kami hantar Mommy ke Stesen ERL Salak Tinggi.
Mommy ada kelas pagi ni di UITM Puncak Alam, maka seperti hari bekerja kami keluar rumah awal untuk hantar Mommy.

Selepas hantar Mommy, Master ajak Tedi bersarapan pagi di Kota Warisan, di sebuah medan selera di sana, di Jalan Warisan Megah 1/6, kalau Tedi tak silap.


Makan nasi lemak sebab beberapa minggu yang lalu Master makan di sebuah gerai di sana, rasanya sedap dan menyelerakan.

Tapi tadi, rasa nasi lemak tu kurang, adakah mungkin kerana Tedi kenyang? Tak logik pula sebab semalam Tedi tak makan ikan, makan sushi je kot...

Inilah yang menjadi masalah kepada peniaga makanan di Malaysia, mereka tidak konsisten, sekejap sedap, sekejap tidak. Mereka seharusnya meniru francais makanan luar yang menyediakan piawaian tertentu untuk penyediaan makanan.

Piawaian itu tidaklah bermaksud kena patuhi ISO, sebaliknya cukuplah macam "Gula harus dimasukkan 5 kilogram", dalam erti kata lain resepi mereka itu harus…

XPDC Lubuk Tedung

Ini kisah lama yang Tedi imbau kembali... Cerita tahun 2012 Tersebutlah sebuah  kisah pada tahun dahulukala tahun 2012, syarikat Mommy menganjurkan aktivit jelajah hutan ke Lubuk Tedung.

Aktiviti bermula sekitar jam 7 pagi, dan kami sampai ke Lubuk Tedung sekitar jam 11, setelah berjalan kaki meredah hutan.

Dalam perjalanan itu terserempak pula dengan pakcik makcik askar yang mungkin berlatih dalam kawasan hutan itu. Kami sering potong memotong, almaklumlah... nak tunjukkan siapa lagi hebat, hehehe.


Selepas memeriksa beberapa gambar, didapati kami keluar dari kawasan hutan dalam jam 7 petang, ini bermakna kami mengambil masa 3 jam untuk keluar.

Semasa dalam perjalanan tu memang rasa macam dah nak putus nyawa, kaki macam dah ringan melayang-layang padahal badan terasa amat berat. Mendaki bukit terutama bukit tertinggi yang dikenali Bukit Mabuk memang rasa macam nak pitam... hehehe...

Tapi ternyata ia pengalaman yang amat berbaloi untuk dicuba tambahan kawasan ni berhampiran Kuala Lump…

Kelebihan bangun pagi

Dapat bersenamMenghirup udara segar pada pagi hari dapat memberikan tenaga untuk melakukan aktiviti seharian,dengan sedikit masa walaupun sekadar lima minit untuk bersenam, boleh menjadikan tubuh badan lebih bertenaga. Bersarapan awalBersarapan awal pada waktu pagi merupakan antara perkara penting yang mesti dilakukan,dengan bersarapan tenaga dapat dijana untuk bekerja, belajar dan berfikir.Selain itu sarapan merupakan cara berdiet yang betul dan mampu mencegah kegemukan. Emosi yang stabilCuba kita lihat, kebanyakan pekerja terlewat ke tempat kerja kerana bangun lewat.Kesudahannya mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, kemudian terlewat sampai ke tempat kerja dan dimarahi pihak atasan,Hasilnya emosi mereka akan terganggu pada sepanjang hari tersebut.Dapat menyelesaikan kerja dengan segeraMenyambut hari baruProduktiviti kerja lebih baikDengan tenaga yang terhasil daripada senaman dan sarapan,ia mampu memberikan hasil kerja yang lebih baik.

Selamat jalan Chrome dan Ad-Aware... selamat datang BitDefender.

Prestasi komputer riba Tedi semakin merudum dimamah usia.
Hal ini menyebabkan Tedi memilih untuk membuang semua perisian yang Tedi tak berapa guna atau tak boleh gunakan.

Kali ini Tedi memilih untuk membuang Google Chrome dan perisian antivirus Ad-Aware.

Google Chrome dipilih kali ini kerana ia makan terlalu banyak memori di atas komputer yang perlahan. Sebelum ini pada komputer riba yang lebih berkuasa, Tedi memang lebih gemar gunakan Chrome kerana ciri-ciri yang ada padanya. Namun pada komputer yang tak berapa hebat, jelas ia mempengaruhi prestasi komputer riba Tedi ini.

Ad-Aware yang sebelum ini Tedi pasang kerana dinobatkan sebagai antivirus percuma terbaik, terpaksa juga Tedi buang kerana ia menelan kuasa komputer Tedi ini, selain ada masalah kehilangan fail jenis .dll.



Selepas membaca beberapa pendapat Tedi memilih BitDefender Antivirus Free Edition yang dikatakan sebagai antivirus percuma terbaik yang berupaya mengesan virus merbahaya dan juga tidak melahap kuasa komputer kita…

Hasil tuaian pagi semalam.

Sudah lama tak menjenguk pokok-pokok cili api di belakang rumah.Sebenarnya selalu je jenguk mereka itu, cuma Tedi tak sempat mengurus dan mengutip hasil daripada mereka.

Hari ini Tedi gigihkan Master untuk mengutip hasil tanaman yang ada kerana nampaknya ada lalat mahu bertelur pada sebahagian buah cili tersebut.

Tedi sempat kira sehingga 30 biji cili tapi selepas tu Tedi dah tak sanggup nak mengira bilangan mereka, rasanya lebih 50 biji.

Inilah gambar pertama hasil tuaian cili yang tak pernah Tedi dapat sebanyak ini.



Sebelum ini kalau Tedi kutip, Tedi akan kutip semua tak kira saiz dan rupa, namun kali ini kami kutip yang besar-besar sahaja dek kerana jumlahnya yang banyak.

Alhamdulillah, inilah hasil dek penangan hujan yang diturunkan Allah pada bulan ini... sangat berbeza dengan hasil bajaan dan siraman kami sebelum ini... sangat berbeza.

Udang Pembunuh hantui United Kingdom

UK mengeluarkan amaran mengenai ancaman Udang Pembunuh.
Udang Pembunuh berupaya mengancam hidupan liar UK dan ia juga mampu menghasilkan 200 biji telur sekaligus.

Spesis ini adalah spesies bukan tempatan di UK dan hal ini menjadi alasan untuk Jawatankuasa Audit Persekitaran UK mendesak kerajaan tampil dengan peraturan yang boleh membantu menghapuskan spesies tersebut.

Udang Pembunuh dikenali dengan sifatnya yang suka membunuh makhluk lain atas dasar suka-suka (bukan membunuh untuk dijadikan makanan). Hal ini menjadikannya ancaman kepada spesis lain tambahan pula ia mampu berkembang biak dengan cepat.


Saiznya boleh mencapai 30 milimeter dan manusia ada juga menjadikannya sebagai makanan.

Di lokasi asalnya ia tidak begitu agresif namun sikapnya ini berubah di lokasi baru. Ia disyaki merebak melalui pembukaan terusan dan juga baki air dalam tangki ballast kapal.





Rujukan:
http://www.telegraph.co.uk/earth/wildlife/10769413/Killer-shrimp-anyone-The-alien-wildlife-invading-Britain.htmlEU bla…

Pusat Perhentian Merapoh

Singgah di hentian rawat dan rehat utama bas ekspress di Kuala Lipis, Pahang.

Dah lama Tedi tak sampai di hentian ini, dan selalunya takkan singgah pun sebab harga makanannya mahal gila babi hutan sebab duk tengah-tengah hutan kot... Tedi pun tak tahu la...

Tapi bila Tedi jejakkan kaki kali ni, terkejut juga la sebab nampak tempat ni dah berubah. Kalau dulu macam kampung koboi, sekarang dah nampak macam pekan koboi.

Tapi mengikut pengalaman Tedi, tempat ni kira lebih bagus dari sebahagian tempat Tedi pernah pergi di ASEAN (macam la pergi banyak tempat, wakakaka)








Hang Tuah, Hang Jebat ... sedikit imbauan

Sempena semangat keperwiraan yang merasuk Tedi pada malam ini... Tedi sebenarnya agak keliru kenapa Hang Jebat tidak mengamuk semasa Hang Tuah belum dihukum bunuh?





Kiriman lain yang berkaitan: Tuah vs Jebat: Siapa salah?

Bulan Besar Berdarah vs Candat Sotong

Malam ni bulan agak besar berbanding biasa.
Tedi jangkakan musim mencandat sotong sudah hampir tiba, tambahan semasa di Mabul kelihatan beberapa rumah sudah menyiapkan candat.


Candat adalah satu alat menangkap sotong berupa beberapa mata kail yang dililit bersama selalunya menggunakan timah dan dibalut dengan kain yang berwarna terang.



Tedi tak tahu fenomena apa yang menyebabkan bulan semakin besar, tapi omputeh menyatakan Bulan Besar Berdarah bakal tiba pada Isnin nanti.

Fenomena ini sebenarnya adalah sebahagian fasa gerhana bulan penuh di mana bulan akan terlindung sepenuhnya di sebalik bebayang bumi.

Gerhana bulan penuh terakhir berlaku pada 10 Disember 2011.


Rumah jiran setaman kena pecah

Alamak! Nampaknya taman kami kini jadi sasaran pencuri.
Tedi pun tak tahulah kenapa mereka ini mencuri?
Siapakah mereka yang mencuri ni? Kenapa mereka mencuri? 
Adakah mereka tidak gerun dengan undang-undang negara kita yang berdasarkan hukuman zaman penjajah?
Atau adakah kerana mereka terhimpit dengan kesusahan hidup?
Atau adakah kerana mencuri itu kelihatan amat mudah bagi mereka dan tiada risiko?
Kini pencuri di negara kita semakin produktif mencuri. Rumah sewa menjadi sasaran. Kecurian semalam berlaku melalui sebuah rumah sewa yang dihuni pelajar sebuah kolej. Adatlah bagi pelajar yang menyewa ni, mereka tidak mengunci pintu pagar rumah.


Akibatnya pencuri masuk melalui pintu pagar mereka, sebelum memotong pagar dawai jiran sebelah (kepada rumah sewa tersebut) dan mencuri motosikal. Rumah sewa pelajar itu khabarnya dimasuki namun tiada berita lanjut.
Kepada semua penyewa rumah terutamanya pelajar, sila berkongsi tanggungjawab mengunci rumah sewa anda, jangan fikir malas nak kunci …

Tedi.. tanned?

Balik ke kelas dengan semangat yang agak lemah.
Mungkin kerana Tedi masih terimbau ombak yang menghempas pantai yang mengelilingi Pulau Mabul?

Masuk saja ke kelas, kawan-kawan menegur, "Eh Tedi, kau nampak gelap la."

Eh, eh, Tedi nampak gelap?

Maksudnya selama ni Tedi cerahlah ek?

Tak perasan pula Tedi selama ni yang Tedi ni cerah!
"Habislah kau Tedi, lama la kau nak cerah semula..." Sakatlah banyak mana pun, bukannya Tedi kisah pun Tedi cerah ke gelap ke, yang penting Tedi sentiasa comel.

Tedi ok la, nampak gelap, sedikit macam udang kena panggang yang dah terlebih masak.

Mommy pula tak berapa ok sebab separuh gelap separuh cerah dek penangan teduhan awning tudungnya, hehehe.

Tedi sudah mengantuk, banyak nak cerita, tapi tiada daya...

Selamat malam... interpretZZ.. zzzzz..ZZ..zzz....ZZZ.zzzzzzzzzz


Owh... okay...

Pada suatu petang tinggal hanya Master dengan rakan sepejabatnya di pejabat. Oh OK. Albert Einstein. Mereka asyik menyiapkan kerja masing-masing.Tiba-tiba sahaja makcik (rakan sepejabat Master) tu bersuara,"Awak nak tahu sesuatu?"Master berhenti kerja sambil menjeling si makcik (mustahil Master nak merenung, jadi menjeling tu kira dah habis baguslah tu), seolah bertanya, "Apa dia?","Saya akan bercerai tak lama lagi." Master diam, kemudian kata, "owh... okay.", dan kemudian sambung kerja beliau tanpa berkata apa-apa."Saya harap awak rahsiakan perkara ni.", sambung makcik itu lagi.
Master jeling lagi, senyum sikit (dengan gaya yang pelik), kemudian sambung kerja beliau, seolah-olah bermaksud, "Jangan risau."Tedi pun tak fahamlah kenapa makcik tu nak bercerita dengan Master yang tak pernah bagi response apabila orang lain bercerita. Mungkin itulah sebabnya? Kerana makcik tu tahu Master takkan sibuk-sibuk mencanang ceritanya ke sana …

Mabul... Tedi datang...

Setelah setahun menunggu akhirnya masa ke Mabul telah tiba.
Dan penantian ini dicemari pula dengan siri penculikan pelancong di pulau di Sampoerna dengan penculik meminta USD $11 juta sebagai tebusan.

Namun pihak Polis Di-Raja Malaysia pula telah memberi jaminan keselamatan kepada para pelancong yang mahu ke sana.

Pagi ini seperti biasa, Tedi tak dapat bermimpi kerana tak dapat tidur, sedangkan penerbangan ke Tawau hanya beberapa jam sahaja lagi.

Kami akan bergerak ke Terminal LCC dalam jam 4 pagi nanti (2 jam sahaja lagi), untuk urusan daftar masuk dan merebut tempat letak kereta yang berharga RM 16 sehari.

Semalam pada jam 9 malam, semasa kami jemput Eicak dan keluarga dari Terminal LCC, kami lihat tempat letak kereta sudah dibanjiri kereta. Esok sudah tentu Master akan terpaksa berjalan jauh dari tempat letak kereta ke lobi daftar masuk.

Penerbangan ke Tawau akan memakan masa 2 jam 45 (penerbangan sahaja), kalau kira masa menunggu, dekat 5 jam juga, jadi amat penting kami kami men…

Kiriman Berkaitan