Sebelum aku mula bercerita, lebih baik kiranya aku memperkenalkan diri.


Namaku Tetot. Jeneral Tetot. Aku adalah perisik yang amat dipercayai Tedi, sekaligus menjadikan aku di antara haiwan harapan Master.

Aku adalah senior kepada Tedi, di mana kami merupakan anak didik Sifu Pogy yang terkenal itu. Malangnya sebagai senior, Tedi ternyata mempunyai bakat yang jauh mengatasiku. Kalau korang tonton Kungfu Panda, maka Tedi adalah lebih hebat daripada itu.

Skill merisik yang aku ada amat hebat. Namun minggu lalu aku hampir-hampir berputus asa. Kehilangan Tedi dan arahan Master agarku menjejakinya benar-benar membuatku buntu. Tedi bukan calang-calang dalam bab menghilangkan jejak! Dia adalah hali di dalam bidangnya. Walaupun berbadan besar dan gebu, itu tidak menghalangnya daripada menghilangkan diri dengan berkesan!

2 hari 3 malam aku cuba menjejaki Tedi. Akhirnya ku temui di satu sudut yang amat terdedah. Tedi memang sinonim dengan ungkapannya, "Tempat paling berbahaya adalah tempat paling selamat".

Dan keberhasilan aku menjejakinya itu kerana aku sudah memahami tabiatnya.
...
Menggunakan binokular canggih ini, mudah benar menjejak Tedi, walaupun dia cuba berlakon sebagai seekor Teddy Bear, binokular ini takkan ditipunya. Lainlah kalau dia menyamar sebagai kuman, mungkin binokular ini akan menyerah kalah!


Aku keliru melihat Tedi kemurungan. Seolah-olah ada sesuatu yang benar-benar menggugat dirinya! Adakah dia mempunyai musuh yang mahu menghancurkan beliau?

...
Tedi memang pandai menyimpan rahsia, namun Tetot juga pandai memujuk siapa-siapa sahaja untuk membuka rahsia mereka.

Setelah berunding 7 hari 7 malam, akhirnya Tedi memberitahu mengenai kehadiran satu objek yang menggugat keamanannya. Objek itu telah menguasai markas Tedi dan mengalihkan tumpuan Mommy daripada Tedi.

Aku segera menyiasat, dan ternyata benar akan kata-kata Tedi itu. Objek itu aku lihat bergerak bebas sesuka-suka hatinya di kawasan Tedi. Sungguh berani beliau berbuat sedemikian!

Markas Tedi telah diambil alih beliau. Ternyata objek ini bukan calang-calang. Mungkin dia dihantar ke mari untuk menggulingkan Tedi? Ini bukan masalah kecil...
Tengok saja rupanya itu, memang benar dia ada konspirasi sulit untuk menjatuhkan Tedi.

Objek yang dikenali sebagai Sakinah itu baru sahaja dibawa oleh Mommy ke markas Tedi ini. Tidak pasti apa yang berlaku. Apakah makna di sebalik semua ini?

Tugasku selesai di sini. Tedi telah ku temui. Namun satu misteri baru pula timbul...

Aku pasti aku akan kembali ke sini. Aku pasti Tedi akan memerlukan bantuanku.


Yang benar,
Jeneral Tetot de Great Spy of Tedi.

-- iklan --