Amat menggembirakan bagi ibu yang mengandung apabila janin yang dikandung "menendang" mereka

Tendang bukan ala-ala flying kick tu, tendang yang lembut-lembut tu.

...
gambar seorang byai sedang tidur

 

...

Hari ini Tedi ikut Mommy dan Master pergi ke Hostel USIM di Nilai Impian. Hantar komputer riba yang baru dibeli semalam kepada Mak Ucu, hehe.

Usai urusan di sana, kami merayau mencari kedai runcit. Kebetulan semua kedai tutup mungkin rehat sebentar kerana waktu Maghrib. 19 Freze Mart yang baru dibuka dalam minggu lepas pun tutup, tinggal hanya pesaing barunya 99 Speed Mart yang menjalankan urus niaga.

Master tak minat sangat pergi ke mana-mana 99 Speed Mart ni sebab mereka jual arak. Padahal kawasan kediaman di sekitarnya adalah kawasan orang Melayu. Musykil Tedi bagaimana mereka boleh berniaga arak sesuka hati? Apakah kerajaan negeri Selangor tak ambil kisah akan hal ini? Adakah penduduk di kawasan itu sendiri yang tidak membantah?

Kita lupakan hal itu, kembali kepada topik pembacaan Tedi tadi

Kajian oleh profesor psikologi dan pengkaji tidur, Mike Blumberg, gerakan atau sentakan ketika tidur pada setiap mammalia adalah berkaitan dengan pemahaman badan kita oleh otak. Pemahaman ini berkaitan dengan nervous system mammalia yang cuba mengaitkan kerjasama di antara setiap otot, sendi dan bahagian-bahagian badan lain. Keadaan ini adalah aktif kepada mana-mana bayi yang baru lahir untuk semua spesis.

Hasilnya apabila terjaga otak kita hanya perlu melancarkan arahan dan sistem tubuh kita akan melaksanakan siri gerakan yang diperlukan untuk satu-satu tujuan.

Selalunya kita sangka si bayi sedang bermimpi, namun rupa-rupanya si bayi sedang belajar, maka sebab itulah tidur amat penting buat si bayi & juga kepada diri Tedi sendiri.

Banyak kajian telah dijalankan dan didokumentasikan, namun Tedi malas nak cerita lebih lanjut sebab amat kompleks. Cukup Tedi rumuskan di antara kajian itu mendapati bahawa:

  • bayi yang baru lahir menghabiskan "satu pertiga daripada keseluruhan kewujudannya" dalam keadaan REM, dengan aktiviti otak yang kuat dan pengecutan otot yang berterusan.
  • sentakan otot spontan semasa tidur membantu memprogram sel-sel dalam saraf tunjang untuk menjalankan tindak balas penarikan.
  • sentakan otot spontan semasa tidur melancarkan neuron yang dikenalpasti membantu kordinasi pergerakan.
  • sentakan otot spontan mengaktifkan bahagian tertentu pada otak.
  • sentakan kelihatan secara rawak, namun jika diteliti setiap sentakan adalah berkaitan. Contohnya, jika tangan kanan tersentak ada kemungkinan tangan kiri mengikut. Ini mungkin salah satu kaedah otak menyusun gerakan sesuai untuk pergerakan yang lebih kompleks.

 

Mengapa kita perlu tidur?

Sehingga kini penyelidik tidur masih gagal menentukan apakah kegunaan tidur kepada makhluk? Ada yang kata hanya untuk berehat, ada kata untuk belajar, ada kata untuk mencuci badan.

Kajilah dirimu dan alam, dan akan kau temui kebesaran Allah.

Boleh baca & tengok video menarik mengenai kajian tidur ke atas anjing, tikus di sini: "Why Do Babies Twitch in Their Sleep? (Adorable Video Edition)"


Karangan ini pertama kali dikirim pada 20130622 adalah untuk mencari jawapan kepada persoalan kenapa anak tersentak dalam tidur.