Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

Internet Explorer 10 kini sedia untuk Windows 7

Pelayar web terbaru daripada Microsoft, Internet Explorer 10 kini sedia untuk digunakan atas Windows 7

Internet Explorer 10 (IE 10) merupakan pelayar web untuk Windows 8.Merupakan generasi Internet Explorer yang terkini, terpantas dan paling selamat.IE 10 adalaha 20% lebih pantas daripada IE9Menjimatkan penggunaan bateri laptop atau tablet.Mempunyai ciri sedia ada semakan-ejaan-automatik & pembetulan-ejaan-automatik.Mempunyai ciri-ciri auto-update.http://tech.malaysia.msn.com/article.aspx?cp-documentid=251964777

Kelantan in perspectives (Tedi tak tau)

Kelantan Darul Naim adalah sebuah negeri dalam negara Malaysia.Terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan dikenali sebagai Negeri Cik Siti Wan Kembang.Keunikan Kelantan adalah kerana rakyatnya yang berani memilih Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk mentadbir negeri.Negeri ini diwar-warkan sebagai daif dan setiap janji pilihanraya dari kerajaan Barisan Nasional pastinya akan melibatkan kemajuan fizikal dan material kepada negeri.Apa-apa je lah, malas Tedi nak layan...

Kereta udara mampat

Zaman sekarang banyak syarikat kereta nak keluarkan kereta elektrik. Namun ada juga yang dah mula selidik dan bereksperimen dengan kereta berkuasa udara mampat.
Contohnya syarikat Mazda dengan Mazda AIR. Ternyata syarikat Jepun lebih ke hadapan dalam bab memelihara alam sekitar manakala syarikat barat lebih fokus kepada penggunaan sumber sedia ada iaitu minyak.
Semoga usaha mereka ini ada manfaatnya.
--- iklan teks --- --- iklan teks ---

Bar coklat emas (Tedi tak makan coklat, emas)

Semua orang mesti kenal bar coklat kan? Tapi ada yang lagi best iaitu bar emas.CombiBar merupakan kepingan emas seberat 50g dan boleh dipatahkan kepada 50 kepingan emas seberat 1g.
Kalau ikutkan teknik mematahkan emas ni, telah lama digunakan di Malaysia semasa zaman kegemilangan kesultanan Melayu seperti penggunaan pitisdi Terengganu.
Boleh patah macam tu aje. Pastu bolehlah buat shopping. Kalau Tedi memang tak patahkan dah... sayang kot?
Emas cute ini dikeluarkan oleh Valcambi sebuah unit di bawah Newmont.Sesuai dibeli untuk dihadiahkan. Golongan veteran yang lebih banyak terlibat dalam pelaburan emas setuju bahawa lebih baik mewariskan sekeping kecil emas daripada sejumlah wang.Ini adalah kerana nilai matawang boleh susut mengikut peredaran zaman manakala nilai harga emas selalunya meningkat.Saiz sebesar kad kredit. Err, Tedi takde kad kredit, jadi Jedi tak boleh nak anggarkan sangat saiz kad kredit tu.Browse Ruwix, the portal dedicated to puzzle programs and tutorials.

Epal, robot dan tingkap (Tedi belajar ABC?)

Master kata zaman sekarang zaman persaingan di antara iOS, Android, dan Windows.
Windows sudah tentu sinonim dengan komputer peribadi.
Tapi untuk pasaran telefon pintar dan juga tablet, nampaknya iOS dan Android mendonimasi.
iOS oleh Apple, Android oleh Google, dan Windows oleh Microsoft.

Tedi sebenarnya tak kisah OS apa pun asalkan boleh guna. Master pula agak kesian dengan Windows kerana mengalami kecelaruan. Sebenarnya iOS dan Android bukan pada tahap yang sama dengan Windows. Justeru itu Master tabik dengan engineer Microsoft yang kira berjaya untuk adaptasi dengan perkembangan semasa.

Apa yang master Tedi harapkan adalah 1 OS yang mesra pengguna, berkuasa dan jimat tenaga.
Bagi Tedi pula cukuplah OS itu pantas, asal boleh layari internet dan main game kecik, cukuplah.

Windows 8 top 11 features

Laman download gratis

Bukan senang nak jumpa laman download yang bagus. Terutama sekarang ini pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sibuk melaksanakan aktiviti menghalang laman web yang tidak sesuai kerana ancaman virus.

Tedi rasa langkah itu amat wajar, namun mereka perlu bersedia untuk diserang pihak lanun cetak rompak.

Pengguna laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan perkongsian fail percuma yang dicantas pihak berkuasa pasti takkan berdiam diri. Mungkin ada di antara mereka yang akan menyerang kerajaan secara berterusan.Namun jika mereka bersedia dan menganggap ini adalah satu jihad, maka bravo buat mereka.Semoga kecekalan dan kegagahan mereka ini disertai dengan niat murni dan bukan kerana bersekongkol dengan kehendak mana-mana pihak sahaja.

My Beautiful Malaysia, Kuala Kangsar

Sepanduk My Beautiful Malaysia
Dilancarkan oleh:
YB Dato Wan Mohamad Khai-ril Anuar bin Wan Ahmad ADUN Bukit Chandan
Laman Budaya, Kuala Kangsar 3 Februari 2013 (Ahad) 8.00 pagi

Kiriman Berkaitan