Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Samsung Ativ S, telefon Win Phone 8 yang pertama.

Tedi teruja dengan pengumuman Samsung mengenai produk pertama mereka yang berasaskan Windows Phone 8.
Malahan produk ini merupakan telefon pintar pertama di dunia menggunakan Windows Phone 8, lebih awal daripada produk rakan kerjasama Microsoft iaitu Nokia melalui siri Lumia mereka.

Microsoft Explorer Touch Mouse, RM159

Microsoft Explorer Touch Mouse, teringin nak beli, tapi tak jumpa lagi. Mungkin ada di Jusco (AEON) Sunway Piramid. Sebenarnya inginkan Microsoft Touch Mouse, tapi mahal sangat, macam tak berbaloi untuk dibeli.Kemaskini: akhirnya beli juga setelah lama menilik dengan harga RM 69. Tapi tidaklah beli yang berwarna hitam macam dalam gambar tu.

Pemanduan Kanan vs Pemanduan Kiri

Pernahkah kita mempunyai persoalan sedemikian?Negara yang memandu di sebelah kiri kebanyakannya merupakan bekas jajahan lama British & ada sebab British dahulu kala menggemari pemanduan di sebelah kiriMudah menghunus pedang ke arah lawan di sebelah kanan (kebanyakan orang menggunakan tangan kanan).Pengguna tangan kanan mendapati mudah menaiki kuda dari sebelah kiri, maka bahu jalan mestilah di kiri. Bagi negara pemanduan sebelah kanan pula: Pada 1700-an, petani di Perancis dan Amerika Syarikat mula menggunakan kereta wagon besar yang ditarik beberapa ekor kuda. Wagon ini tiada kerusi pemandu, sebaliknya pemandu menunggang kuda terakhir yang berada di kiri. Ini kerana mereka menggunakan cambuk di tangan kanan. Oleh itu, untuk memudahkan mereka mengawasi kenderaan-kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan, mereka perlu berada di kanan jalan.
users.telenet.be

Cicak mimik Spiderman

Mwanza Flat Headed Agama

Every Second: Counts

--- iklan --- --- iklan ---

Tabung Kemanusiaan Muslim Rohingya

Qiam with me, 1433H

27 ekor kucing dalam bilik anak gadis

Seorang lelaki terkejut besar apabila menemui 27 ekor kucing dalam bilik anak gadisnya.

Lelaki yang tinggal di Kent County, Michigan itu sedia maklum ada beberapa ekor kucing di rumahnya, tetapi dia menghormati hak anak gadisnya ketika tinggal bersamanya.Kehadiran kucing-kucing itu yang kebanyakannya anak kucing hanya diketahui setelah anak gadisnya berpindah keluar.Wakil Humane Society of West Michigan, Nicole Cook memaklumkan kesemua 47 ekor kucing kelihatan sangat sihat & sedia untuk di-anak-angkat-kan.Nanti! Bukan 27 ekor je ker? Hehehe, 27 ekor ditemui dalam bilik, lagi 20 ekor pula ditemui dalam garaj & bilik bawah tanah.------ iklan ------ ------ iklan ------

Tanjung Mas, Kota Bharu, Kelantan

"Gambar apa ni, Tedi?", tanya Master kepada Tedi pada suatu petang tatkala Tedi sedang tengok2 gambar. "Entah?" "Lah, habis tu nape Tedi amik gambar ni?" "Saje je." "Huk aloh."

Kiriman Berkaitan