Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

Gelaran hanya sementara

Syabas kerana anda hadir ke sekolah

Haa... rajin-rajinlah pergi sekolah. Tedi pun rajin pergi sekolah :)

Sumber: muhassigns.blogspot.com

Kereta tertua di dunia bernilai USD $4.62 juta

Ini merupakan kereta berenjin tertua didunia yang masih boleh beroperasi dan berjaya dilelong dengan harga $4.62 juta, dengan 2 pembida bertarung selama 3-minit.

Melayu buka Pulau Pinang? (Tedi tak makan pinang, betul, tak tipu)

Tedi sering dimomokkan bahawa Francis Light yang membuka Pulau Pinang.  Namun ada juga pihak yang memberi hujah menyatakan bahawa bangsa Melayu yang mula-mula membuka pulau itu. Keratan akhbar Berita Harian bertarikh 18 Jun 2012 ini amat menarik minat untuk Tedi membacanya.  Fakta menarik mengenai pembukaan Pulau Pinang:Farncis Light berlabuh di Tanjung Penaga (Georgetown) pada 1786.Nakhoda Nan Intan yang berasal dari Aceh membina masjid di Batu Uban pada 1734 (52 tahun sebelum kedatangan Francis Light). Masjid itu kekal sehingga kini.Batu Uban didapati dalam peta Inggeris yang pertama lakaran Kapten Walter pada 1763 (23 tahun sebelum kedatangan Francis Light)

Cartoon: Kids, they... Scan, Save, Copy, and Paste!

Kartun yang amat menarik dan mempunyai mesej mendalam, terutamanya buat ibu-bapa. Kanak-kanak memang suka memperhati dan mencuba sesuatu yang baru dikenali.


Sumber: tidak dapat dikenalpasti.

Ipoh, Malaysia

Ipoh merupakan ibu negeri Perak. Negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia.Selalu kalau kami ke sana dari Kuala Lumpur dengan menaiki kereta melalui Lebuhraya Utara Selatan, ambil masa 3-4 jam juga untuk sampai. Pemandangan di Ipoh agak menarik kerana masih banyak tumbuhan hijau, walaupun sekarang ini pemandangan sebegitu sering dicacatkan oleh bukit-bukau yang ditarah.Jika melalui Lebuhraya Utara Selatan dari arah utara ke Kuala Lumpur, boleh dilihat Ipoh terletak di kawasan lembah.





Semalam di Sepanyol

Berikut merupakan koleksi gambar yang diambil oleh seorang jurugambar bernama Martin Zalba.
Walaupun hanya 2 tahun berjinak-jinak dengan fotografi, tekniknya amat mengkagumkan bila dia mengambil gambar permandangan malam di Sepanyol yang disertai pancaran kilat.

Haiwan peliharaan paling merbahaya?

Koleksi gambar daripada majalah Life yang diterbitkan dalam tahun 1970.Tiada maklumat lanjut berkenaan keluarga ini, cuma kita harapkan penamatnya bukan dengan tragedi!
Gila apa mereka ni duk ternak singa? Kalau kambing ada juga faedahnya.

Terima kasih Tadika Ihsan UTM

USS Ronald Reagan

USS Ronald Reagan (CVN-76) Class: Nimitz > Ronald Reagan

USS Ronald Reagan adalah sebuah kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat yang dinamakan sempena nama bekas presiden negara barat itu.
Ia dikategorikan dalam kelas Nimitz iaitu kelas kapal pengangkut pesawat super berkuasa nuklear.
Perkataan super itu pula khusus untuk kapal pengangkut pesawat bersaiz besar.


Kartun: Cara saya bersenam

Lokasi pelik sarang burung

Apakah yang mendorong mereka membuat sarang mereka di lokasi-lokasi ini?

Adakah sebarang kajian pernah dilakukan untuk menjawab persoalan di atas? Mungkin Tedi akan cuba merungkainya pada masa lain.


Lapan jururawat HUSM cipta sejarah

Kota Bharu 31 Mei - Sekumpulan lapan jururawat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dekat sini melakar sejarah apabila berjaya mencipta heat band atau penebat haba yang berfungsi mencegah masalah hipotermia atau kesejukan melampau pesakit dalam dewan bedah. Penebat haba yang diperbuat daripada lapisan kulit binatang gred satu, kain kapas dan kertas tisu wypall itu mampu mengekalkan suhu badan pesakit pada tahap normal iaitu 37 darjah celcius apabila digunakan untuk membalut badan pesakit. (Utusan Malaysia, 1 Jun 2012, ms 15, Dalam Negeri)

Kiriman Berkaitan