Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

Tedi di Pesta Buku Antabangsa Kuala Lumpur 2010

Ini panorama di sekitar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010.

Pesta ni merupakan acara tahunan dan setakat ini lokasinya tetap di Pusat Dagangan Dunia Putra (Putra Trade World Centre) atau lebih dikenali PWTC yang terletak di Jalan Putra, Kuala Lumpur.

Jika kawan2 naik kereta, boleh letak kereta di Hentian Putra dengan bayaran RM 3.00 sekali masuk, nak makan minum boleh di sana, solat pun sebab aktiviti beli buku ni selalunya seharian.

Selain naik kereta boleh juga naik STAR-LRT, turun di stesen PWTC.

Boleh juga naik komuter aliran Sentul-Pelabuhan Klang atau Rawang-Seremban (dua2 boleh), turun di Hentian Putra. Kedua2 aliran komuter ni menggunakan laluan yang sama, tapi Hentian Putra ni merupakan stesen terakhir yang kedua2 aliran ni kongsi.

Bas? Tedi tak tahu. Serius. Percayalah. Tak percaya? Lantaklah. Ada Tedi kisah?

Ramai la manusia di sana.

Tedi snap gambar sikit2 je. Ada banyak lagi sebenarnya, tapi malas ah nak upload banyak2, Tedi sibuk nak siapkan kerja sekolah ni.





Iskandar vs Alexander vs Zulqarnain

Zulqarnain merupakan satu watak yang diceritakan dalam al-QuranKisahnya berkisar mengenai pengembaraan seorang raja yang adil dan mentaati Allah Subhanahu wa ta'ala.Kerajaan Zulqarnain ni pula meliputi dari Timur ke Barat.Kerana Master adalah seorang yang agak menggemari sejarah, beliau telah membeli dua buah buku berkenaan Zulqarnain.Buku pertama adalaha "Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain".Buku kedua pula bertajuk, "Alexander adalah Zulqarnain".
Kedua-dua buah buku ini memberikan pendapat mereka mengenai Zulqarnain daripada sisi pandangan yang berbeza. Perbezaan pendapat yang diraikan oleh Master.

Kiriman Berkaitan