بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Kandungan: Bin Zayed penaja utama KedahSiapakah Bin Zayed International?


Bin Zayed penaja utama Kedah

KEDAH Darul Aman (KDA) FC mendapat suntikan motivasi yang tinggi apabila menerima tajaan antarabangsa daripada Bin Zayed International bagi mengharungi cabaran sengit pada saingan Liga Malaysia 2023.

Pemiliknya, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, sokongan dari syarikat gergasi yang berpangkalan di Dubai diharapkan mampu merealisasikan hasrat pengurusan kelab untuk melihat skuad kendalian Nafuzi Zain muncul empat pasukan terbaik Liga Super pada musim ini.

"Ketua Pegawai Eksekutif Bin Zayed International telah menyatakan bahawa ingin melihat KDA FC muncul satu pasukan yang boleh memberi saingan kepada semua pasukan dalam Liga Malaysia.

"Kita mempunyai sasaran yang cukup umum untuk cuba membawa KDA FC muncul empat pasukan terbaik untuk tahun ini dan piala itu satu bonus jika berjaya mendapatnya.

"Kita juga cuba melayakkan diri ke pentas Asia pada tahun hadapan," katanya pada sidang akhbar pada malam Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas Pelancaran Jersi, Lagu dan Penaja Utama KDA FC 2023 di Stadium Darul Aman, Alor Setar yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Tidak mendedahkan jumlah tajaan daripada Bin Zayed International, Mohd Daud menjelaskan, pengurusan dan pasukan kejurulatihan KDA FC sebenarnya turut menerima tanggungjawab besar bagi memastikan Sang Kenari terbang tinggi pada musim ini kerana perlu menggalas harapan penaja utama tersebut.

"Kita perlu meletakkan satu kawal selia yang baik untuk mendapat keyakinan pihak pelabur. Wang ini digunakan untuk tujuan-tujuan yang sepatutnya dalam konteks pembangunan bola sepak Kedah dalam FC. Jadi saya kena jaga amanah yang besar ini," ujar beliau lagi.

Menurutnya, kejayaan mendapatkan penaja dari Timur Tengah diharapkan satu permulaan yang baik bukan sahaja untuk pembangunan bola sepak Kedah tetapi juga semua pasukan di negara ini.

"Saya rasa selepas ini akan ada lebih banyak lagi syarikat-syarikat antarabangsa yang akan masuk bukan setakat Kedah tapi juga di pasukan-pasukan yang lain.

"Idea ini mencetuskan kepada banyak lagi syarikat-syarikat yang berada di China, Korea Selatan, Indonesia dan Eropah untuk menjadikan pasukan di Malaysia sasaran mereka sebab pasukan di sini mempunyai kumpulan penyokong yang besar," kata Mohd Daud.

Sumber: Bin Zayed penaja utama Kedah oleh WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR pada 19 Februari 2023 09:47am


Siapakah Bin Zayed International?

Bin Zayed International LLC adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2008 dengan tujuan untuk meneroka strategi pelaburan baru dan inovatif yang benar-benar global. Bin Zayed International adalah ahli Kumpulan Syarikat Bin Zayed - sebuah konglomerat terkemuka dengan kepentingan perniagaan yang berbeza dalam pasaran tempatan dan antarabangsa. Kumpulan Bin Zayed telah ditubuhkan pada tahun 1988 oleh Sheikh Khaled Zayed Saquer Al Nahyan.

Bin Zayed International LLC adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di Dubai.

Sumber:
(1) Bin Zayed International
(2) BinZayed Group 
(3) Dubai-based Bin Zayed International to bring in FDI worth RM100b into 


~20230219~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih