Pada 20200903 hari Khamis, Master telah hantar Aina ke Taska di Taman Seroja sebelum ke pejabat beliau di Bangsar South bagi urusan penyerahan dokumen yang diperlukan untuk perpindahan ke pejabat baru di Cyberjaya.

Itu adalah kali pertama Aina ke Taska. Khabarnya Aina menangis sepanjang hari. Tidur, bangun sambung menangis.

Pada 20200904 hari Jumaat, Master dan Mummy hantar Aina dan Aidan ke Taska tersebut.

Kali ini Aina menangis meronta-ronta panjat jeriji pintu, manakala Aidan dengan tenangnya membiasakan diri dengan pengalaman baru.

Tidak sampai satu jam cikgu Taska telefon suruh ambil Aina kerana ada pegawai JKM hadir ke Taska tersebut.

Pada jam 1 petang Master bawa Aina kembali ke Taska tersebut namun Aina masih menangis menjerit-jerit, dan akhirnya Master bawa pulang Aina sebelum pergi ke masjid untuk solat Jumaat.

Petangnya kami ke Taska tersebut untuk menjemput Aidan. Cikgu Taska kata Aidan tiada masalah, tetapi kes seperti Aina selalunya akan ditolak mereka kerana kononnya Aina perlukan lebih perhatian.

Itulah sesi percubaan di Taska tersebut. Master jadi tawar hati kerana Master merasakan bahawa pihak Taska itu hanya memilih budak-budak yang senang dijaga.

Ini bermakna mungkin mereka tiada kemahiran atau paling kurang pun tiada minat terhadap budak-budak.

Selalunya mereka yang sukakan budak-budak akan memujuk dan faham adalah perkara biasa budak-budak mengamuk tidak mahu ditinggalkan ibu bapa mereka.

Tok Mak pun pernah jaga kanak-kanak, dan satu nasihatnya ialah agar ibu bapa jangan patah balik atau memandang ke belakang apabila anak mereka menangis ketika ditinggalkan.

Jadi apa nak buat?

Mungkin kena cari Taska yang ada jaga kanak-kanak seusia Aina.

20200905