بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Jika semalam Master dah beli sehelai jersi pasukan bolasepak Newcastle United di Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang, hari ini Master mencari jersi kelab bolasepak yang sama di Kompleks Bebas Cukai Pengkalan Kubor pula.
 
Jarak kompleks bebas cukai Pengkalan Kubor ni cuma 15 kilometer dari De5 Homestay yang terletak di Mukim Delima.
 
Malangnya Master search Pengkalan Kubor sahaja dan bukan Kompleks Bebas Cukai Pengkalan Kubor, maka kami dibawa ke satu kawasan kampung dikelilingi sawah padi, mungkin nama kampung itu ialah kampung Simpang.
 
Ia dipisahkan dari Narathiwat Thailand hanya oleh Sungai Golok.
 
Setelah berpusing-pusing beberapa ketika akhirnya kami menemui jalan yang benar. Polis yang mengawal sempadan mungkin pelik melihat kereta Subaru XV kami berpusing-pusing beberapa kali.
 
Alhamdulillah kesesatan kami itu membuatkan kami terserempak dengan pemandangan indah di tepi Sungai Golok. Malangnya interpretZZ tidak merakam gambar suasana tersebut.
 
Pengkalan Kubor memang terkenal dengan Kompleks Bebas Cukai kerana ia terletak di sempadan Malaysia dan Thailand.
 
Rakyat Malaysia gemar mencari barangan pinggan mangkuk import, coklat, pakaian, barang permainan, permaidani, cadar di sini.
 
Master pula mungkin sasaran utamanya ialah jersi. Alhamdulillah setakat ni beli jersi di Pengkalan Kubor agak memuaskan hati, memadai dengan harga yang ditawarkan.
 
Tetapi kali ini langsung tidak kelihatan jersi pasukan Newcastle United, maklumlah kelab yang Master sokong ni pasukan belasahan. Duduk di tangga bawahan Liga Perdana Inggeris. Lainlah kelab yang bermain dapat masuk liga peringkat eropah, melambak jersi mereka, kualiti pun bagus.

Terutamanya jersi pasukan Liverpool yang baru menjuarai Liga Perdana Inggeris, memang merata-rata.

Di hujung persinggahan kami di Kompleks Bebas Cukai Pengkalan Kubor ini kami membawa pulang carpet, permainan, basikal budak-budak, tudung, dan baju budak-budak.
 
Aina berjaya dibelanja satu air kotak, satu jeli, dan sedikit aiskrim. Cuaca memang sangat panas di Kompleks Bebas Cukai Pengkalan Kubor ni maka Master belanja sahajalah apa yang Aina nak.
 
Selepas itu kami menuju ke Pantai Geting sebelum ke Pantai Sri Tujoh pula. Kedua-dua pantai ini terletak tidak jauh dari Kompleks Bebas Cukai Pengkalan Kubor.
 

20200809

~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm