Selamat hari lahir ke-1, Aidan

Hari ini Aidan menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama.

gambar belon Mickey Mouse, belon happy birthday yang dipasang sendiri. gambar bayi lelaki berusia setahun memakai baju Transformers Autobot berwarna merah.
Aidan meraikan ulangtahun kelahirannya yang pertama. Sambut di rumah sahaja dengan belon dipasang sendiri. Sambut kami sekeluarga berempat sahaja sempena Perintah Kawalan Berkurung sekarang ni. # Thursday, 28 May 2020, 12:36 # 20200528 # IMG20200528123600.jpg # OPPO OPPO Reno2 #

Ambil barang Mummy di pejabat beliau

Setelah bergambar dan makan kek sedikit, kami bergegas ke pejabat Mummy di Menara TM, sebab Mummy nak ambil barang-barang beliau yang bersepah di pejabat. Khabarnya selepas Perintah Kawalan Pergerakan ni berakhir, Mummy tetap akan kerja dari rumah.

Kami pergi menaiki kereta Proton Persona, kerana insurans dan cukai jalan kereta Subaru XV telah luput.

Perjalanan ke pejabat Mummy agak tenang dan lancar dengan kurangnya kehadiran kenderaan di atas jalan. Hal ini menyebabkan Master hampir terlepas simpang kerana tidak cam simpang tu ketika tiada kereta. Selalunya sesak dengan kenderaan.

Barangan Mummy yang dipunggah dari pejabat beliau. Ni pindah rumah ke pindah pejabat ni? Selalu dalam drama kalau letak jawatan pun bawa sekotak je barang, ni satu troli! # Thursday, 28 May 2020, 15:36 # 20200528 # IMG20200528153600.jpg # Kamera telefon pintar OPPO OPPO Reno2 # Menara TM # Taman Bukit Pantai, 59100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur # Peta ke Menara TM #

Beli kereta mainan Aidan di Kota Warisan

Selepas selesai mengangkat barang Mummy ke dalam kereta, kami bergerak pula ke Kota Warisan. Mummy nak tengok kereta mainan yang boleh dikawal menggunakan alat kawalan jauh tu yang boleh dinaiki oleh kanak-kanak tu.

Ada beberapa pilihan tetapi yang menjadi tumpuan kami adalah yang berbentuk Jeep kerana ia tampak lebih lasak dan lebih tahan lama. Ada dua jenis berharga RM 1200 dan RM 1800. Pergh mahal.

Kereta pula ada yang berharga RM 900, RM 700.

Untuk birthday boy mereka bagi diskaun 20% jika pembelian dibuat dalam bulan yang sama. Kami pilih Jeep RM 1200 tu dapatlah harganya RM 960. Yang tak berapa nak seronok ialah tiada warranty.

Nasib baik mereka sudi hantar Jeep tu, kalau tidak memang tak beli dah kot.

Sampai di rumah terus bagi Aidan main Jeep tu. Aina yang pada mulanya tak mahu naik akhirnya sibuk nak naik juga. Memang agak puas hatilah dengan prestasi Jeep mainan tersebut. Kini penuh garaj dengan sebuah lagi kereta... huhuhu...

Aina dan Aidan memandu Jeep yang baru dibeli sempena ulang tahun kelahiran pertama Aidan. Bolehlah naik 2 orang, nak beli yang besar tu mahal sangat. # Thursday, 28 May 2020, 18:07 # 20200528 # IMG20200528180742.jpg # OPPO OPPO Reno2 #

Diterbitkan pada 20200529, karangan ini adalah mengenai aktiviti keluarga kami pada 20200528.