Rakaman aksi Aina nak menyuap adiknya si Aidan.

20200307

animasi budak perempuan 3 tahun suap makanan kepada bayi lelaki 9 bulan.
Animasi Aina menyuap Aidan padahal tiada apa pun yang disuapnya. Aidan pun layan sahaja perangai kakaknya. Redha... Aina memakai baju Frozen, masa ni dia obses dengan Elsa. Elsa adalah satu watak dalam cerita Frozen tu, entah apa yang menariknya watak Elsa ni sampaikan budak-budak 3 tahun pun boleh taksub dengannya?
# umur Aina : 3 tahun dan 18 hari
# umur Aidan : 9 bulan 10 hari
# Saturday, 7 March 2020, 11:54 # 20200307 # VID20200307115413-ANIMATION.gif #

20200306

Sibuk kakak Aina nak suap adik Aidan. Kalau tiba-tiba senyap je dua orang beradik ni, adalah benda yang dibuatnya tu, salah satunya Aina suap Aidan. Kerepek pun disuapnya apatah lagi nasi, biskut. Aidan pula pantang disuap memang dimakannya semua itu walaupun dia tiada gigi.
# umur Aina : 3 tahun dan 17 hari
# umur Aidan : 9 bulan 9 hari
# 20200306 # VID20200306222033-ANIMATION-2.gif #