Kami singgah di Seong Hing Car Air-Cond & Accessories untuk tambah gas pendingin hawa Subaru XV. Buat kali kedua dalam tahun 2019 penghawa dingin Subaru XV kehabisan gas. Ini adalah masalah yang mengecewakan buat sebuah kereta yang baru berusia 4 tahun dan baru bergerak tidak sampai 70,000 kilometer.
   Secara jujurnyalah kan selama menggunakan Proton SAGA BLM selama 10 tahun dan Proton Persona berusia 10 tahun, kami tak pernah hadapi masalah air-cond. Mungkin cuma pada kereta Proton Persona tu masalah air-cond yang kami hadapi ialah ia tak boleh ditutup! Nak juga terbuka walaupun dah tutup.
   Tapi lebih baiklah berbanding Subaru Xv ni dah 2 kali tambah gas. Mekanik tu pun kata compressor air-cond Subar XV ni tunggu masa je nak rosak sebab ada bunyi bising. Kepada yang nak beli Subaru XV tu, semoga anda lebih bernasib baik.

* Seong Hing Car Air-Cond & Accessories * Telefon: 013-6235053*
# Sunday, 17 November 2019, 14:56 # IMG_20191117_145627 # Telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # RC56+CW Bahau, Negeri Sembilan #