بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Melawat Ladang Unta

Salah satu aktiviti semasa Mummy dan Master menunaikan umrah ialah melawat ladang unta. Mereka ke sana dengan pakaian ihram kerana selepas itu mereka pergi berniat di miqat untuk menunaikan umrah.

Bau unta ini sungguh kuat dan melekat di pakaian ihram walaupun Master duk jauh-jauh. Selain bergambar dengan unta para pengunjung boleh cuba krim wajah berasaskan susu unta. Boleh juga beli susu unta dalam botol. Sayangnya Master tidak sempat mencuba susu unta kerana ia basi setelah disimpan semalaman.

gambar lukisan di ladang unta
Master dan Mummy bergambar berlatarbelakangkan sekawanan unta di ladang unta. Bergambar dengan unta jauh-jauh pun boleh melekat bau unta di pakaian kita.
# Monday, 30 May 2011, 12:28 # 20110530 # Kamera: Canon DIGITAL IXUS 80 IS # Gambar: IMG_7048 #
Gambar mata seekor unta di ladang unta di Arab Saudi mungkin berhampiran Telaga Hudaybia di kawasan Shamaisah.
# Monday, 30 May 2011, 12:39 # IMG_7069 # 20110530 # Canon DIGITAL IXUS 80 IS # CJRG+PM As Salamah, Makkah Arab Saudi # https://goo.gl/maps/NCNvh1XHg4kK67eB6 #

~20110530~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih