Hari ni Master kelik awal dalam jam 5.30 petang.

Sebabnya kami nak kejar bas ke Kota Bharu yang khabarnya bertolak jam 7.30 malam.

Dah lama kami tak naik bas dan ini kali pertama naik bas di Dataran Nilai.

Dirempuh dari belakang ketika keluar simpang

Dalam perjalanan pulang tak berapa kilometer dari pejabat Master, kereta Proton SAGA BLM kami dirempuh dari belakang ketika Master berhenti sebentar untuk tunggu jalan clear.

Nampak remuk sikit je, tapi tak tahulah kalau ada kecederaan dalaman.

Pelanggar kereta kami tu minta maaf dan dia masih muda lagi walaupun tua daripada Tedi.

Kereta Perodua Myvi dia teruk la juga dan kelihatan sejenis cecair mengalir keluar daripada keretanya, menunjukkan ada sesuatu yang bocor.

Ni yang Master malas ni.

Tidak lama kemudian datang beberapa orang mungkin yang digelar Tonto menawarkan khidmat menarik kereta kepada kami. Namun secara baiknya kami menolak kerana kami kan nak naik bas.

Laporan polis pun kami tak buat kerana bagi kami kereta Proton Saga BLM kami tu tiada apa-apa kerosakan teruk, mungkin bumper je kemik sedikit.

Kemudian datang seorang pakcik iaitu bapa kepada pelanggar kami. Dia minta maaf dan sempat bertanya, "berapa lama dah bawa kereta?". Apa kes? Bukan Master yang langgar kereta anak dia, anak dia yang langgar kereta kami kot.

Walaupun mungkin Master ambil masa lama nak keluar simpang tu, perhatikanlah kereta di hadapan, ni dia rasa dia boleh lepas, terus dia pecut, padahal kereta kat depan tu tak jalan lagi.

Pakcik tu ambil nombor telefon Master.

Kami meninggalkan mereka dan pandai-pandailah mereka macam mana nak buat laporan polis untuk buat tuntutan insurans. Mungkin boleh sahaja mereka laporkan kereta mereka terbabas ataupun kereta mereka melanggar seekor lembu.

Seminggu Selepas Kejadian

Beberapa hari selepas kejadian Master menerima panggilan telefon daripada pakcik tersebut yang meminta Master membawa kereta Proton SAGA BLM kami ke bengkel milik kawannya.

Tiada apa sangat pun yang dibaiki, si mekanik hanya memanaskan bumper kereta Proton SAGA BLM kami menggunakan sejenis alat macam penunu bunsen, dan tiba-tiba sahaja bumper kereta Proton SAGA BLM tu menggelembung semula macam sediakala.


*** Kejadian ini berlaku pada 20140130 ***