Langkau ke kandungan utama

Nasi Arab Bil-Hanaa Catering Kelantan

gambar kereta Proton Exora putih milik Bil-Hanaa Catering
Ambil nasi arab daripada kawan Mummy. Mereka hantar ke kawasan tempat letak kereta Masjid al-Ismaili di Pasir Pekan. Catering Bil-Hanaa ni sebenarnya berpusat di Kota Bharu dan sediakan penghantaran nasi arab ke kawasan sekitar, cuma kami bernasib baik pada masa kejadian ni Bil-Hanaa Catering ni ada buat penghantaran hidangan nasi arab ke kawasan Pasir Mas, maka bolehlah Mummy selit tempahan nasi arab ke kawasan Pasir Pekan ni.
  Tukang masak Bil-Hanaa Catering ni sebenarnya adalah tukang masak yang selalu diupah Tabung Haji untuk memasak pada musim haji. Selain musim haji inilah perkhidmatan yang diceburi beliau.
   Hidangan nasi arab Bil-Hanaa Catering ni adalah dalam set dulang yang sesuai untuk 4-5 orang Malaysia makan.
Berkenaan tempahan boleh tanya sendiri apa terma dan syaratnya, kalau nak makan sendiri satu talam pun memadai tapi tidak pastilah disertai penghantaran atau tidak.
Nasi Arab Bil-Hanaa Catering yang selalu kami tempah adalah berlaukkan ayam dan kambing.
* bil-hanaa Catering * citarasa timur tengah * kambing golek * western frozen food * nombor telefon 012-901 9144 * Proton Exora putih * DCF 5898 *
# Sunday, 19 May 2019, 15:34 # 20190519 # DSC_7635 # kamera telefon pintar Sony G3226 #

 Pada waktu Maghrib kami berbuka dengan hidangan nasi arab dan beberapa hidangan lain disediakan Tok Ma. Banyak suap juga Aina makan nasi arab tersebut. Rasanya kurang berminyak sapi seperti kebiasaan nasi arab lain. Tedi rasa ia mungkin lebih ke-Melayu-an berbanding ke-Arab-an.

Gambar Nasi Arab Bil-Hanaa berlaukkan ayam dan kambing, dihidangkan dalam set talam yang dijual bersama set nasi arab bil-hanaa tersebut.
Menurut ceritanya pada suatu masa dahulu talam ini akan dikutip kembali namun banyak talam yang tidak dikembalikan, akhirnya talam ini dijual sekali bersama nasi arab bil-hanaa.
# 19 Mei 2019 # DSC_7646 # kamera telefon pintar Sony G3226 # De5 Homestay Wakaf Bharu #

Ulasan

Kiriman Berkaitan