Nestlé LACTOGEN 1 adalah susu formula bayi semburan kering untuk bayi sejak lahir apabila mereka tidak disusui dengan susu badan.

Bayi yang menerima pemakanan yang betul dalam dua tahun pertama kehidupan mereka lebih berkemungkinan mendapat manfaat daripada kesihatan yang baik melalui zaman kanak-kanak dan dewasa.

Pengenalan kepada Lactogen 1:

  • Susu formula ini telah lama menerima pujian sebagai minuman yang sesuai untuk bayi baru lahir.
  • Ia mengandungi asas dominan whey. Whey adalah cecair yang tinggal setelah susu menjadi keju, mungkin dipanggil air dadih. Nisbah zat keju dan air dadih dalam Nestle Lactogen adalah 60:40 menjadikannya hampir menyerupai keadaan susu ibu.

Lactogen Comfortis:

  • Lactogen baru-baru ini telah dipertingkatkan untuk menyokong keselesaan pencernaan anak anda. Ia mengandungi L. reuteri, probiotik yang penting, yang membantu dalam menyokong sistem pencernaan anak anda. Ia dirumus dengan kemudahan dan kebersihan yang lebih baik.
  • Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ibu bapa yang tidak bersetuju dengan keutamaan mereka terhadap Lactogen Comfortis. Mereka mendakwa bahawa formula ini berat dan seringkali mengakibatkan masalah pencernaan pada bayi mereka.

Lactogen 1 vs Lactogen Comfortis:

  • Tedi simpulkan bahawa Lactogen dan Lactogen Comfortis adalah produk yang sama cuma penggunaan nama Comfortis adalah sebagai label untuk pemasaran.
  • Lactogen 1 adalah singkatan kepada Lactogen langkah 1 iaitu susu untuk bayi baru lahir.
  • Tetapi daripada segi pembungkusan, Tedi perasan bahawa Lactogen 1 dilabel untuk bayi sehingga 6 bulan, manakala Lactogen 1 Comfortis pula untuk bayi baru lahir hingga 12 bulan. Ia agak mengelirukan.
  • Jadi, mungkin beza Lactogen dan Lactogen Comfortis adalah kandungan L. Reuteri dan juga umur bayi yang sesuai.

Penyediaan Terbaik Nestlé LACTOGEN 1:

  • Penyediaan yang berhati-hati dan bersih susu formula bayi adalah penting untuk kesihatan.
  • Jangan gunakan sukatan kurang daripada yang diarahkan, kerana susu yang cair tidak akan memberikan nutrien yang mencukupi yang diperlukan oleh bayi.
  • Jangan gunakan lebih sukatan daripada yang diarahkan kerana susu yang pekat tidak akan memberikan air yang diperlukan oleh bayi.

Penyimpanan Nestlé LACTOGEN 1:

  • Semasa pembukaan, pindahkan kandungan pek bersama dengan beg ke dalam bekas kedap udara yang bersih.
  • Tutup dengan ketat selepas setiap penggunaan dan simpan di tempat yang sejuk dan kering.
  • Pastikan sudu yang dibungkus dibasuh dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum digunakan.
  • Selepas dibuka, gunakan kandungan dalam masa 3 minggu atau sebelum tarikh luput, yang mana lebih awal.

Notis Penting:

  • Nestlé bersetuju dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan persatuan perubatan dan kesihatan yang lain bahawa susu ibu adalah makanan yang terbaik dan paling semulajadi untuk bayi.
  • Air yang tidak dididihkan, perkakas yang tidak dirawat atau pencairan yang tidak betul dapat membuat bayi anda sakit.
  • Penyimpanan, pengendalian, penyediaan penyusuan yang salah mungkin berpotensi membawa kepada kesan buruk untuk kesihatan bayi anda.

Amaran Keselamatan:

  • Hanya menyediakan susu untuk satu penyusuan pada satu masa.
  • Segerakan penyusuan dan ikut arahan dengan tepat.
  • Jangan simpan baki susu yang tidak habis, buang kandungannya.
  • Sentiasa pegang bayi semasa penyusuan.
  • Meninggalkan bayi tanpa pengawasan boleh menyebabkan bayi tercekik.
  • Pengganti susu bayi harus digunakan hanya atas nasihat pekerja kesihatan mengenai keperluan penggunaannya dan kaedah penggunaan yang sesuai.
  • Pengganti susu bayi bukanlah satu-satunya sumber khasiat bayi.

Maklumat Tambahan:

  1. Lactogen 1 bukan susu bebas laktosa.
  2. Bungkusan 400g Lactogen 1 boleh bertahan 5 hingga 7 hari untuk bayi 6 bulan.
  3. 1 sudu sukat Lactogen 1 memerlukan 30 ml air.
  4. Susu Lactogen 1 tidak membantu penambahan berat bayi. Tapi kalau dah minum susu dan membesar tu mestilah bertambah berat badan ya tak? Mungkin maksud mereka ialah susu Lactogen 1 bukan dicipta untuk menambah berat badan.
  5. Dinasihatkan untuk suap susu Lactogen 1 kepada bayi menggunakan sudu dan mangkuk. Erm, macam tiada maknanya rakyat Malaysia nak buat macam tu.
  6. Lactogen 1 kandungi DHA.
  7. Susu Lactogen 1 sesuai untuk bayi 1 bulan.
  8. Lactogen 1 dan NAN Pro adalah susu yang berbeza. Ada orang kata bayi lebih sukar untuk kembung perut apabila minum susu NAN Pro.