Langkau ke kandungan utama

Aina, Doraemon dan Wau Bulan

Saban hari Aina mengajak ke taman sejak kami bercuti lama di Kelantan sementara menanti kehadiran Aidan. Malangnya permintaan Aina itu agak sukar untuk dipenuhi kerana di kawasan Wakaf Bharu sukar diketemui taman permainan.

Tidak seperti di negeri Selangor di mana taman permainan senang ditemui kerana disediakan oleh pemaju taman perumahan. Pemaju taman perumahan di sekitar Wakaf Bharu lebih tertumpu kepada pembinaan rumah semata-mata. Mungkin kerana di sini taman perumahan tidak popular dan jumlahnya pun kurang menjadikan sesiapa sahaja pembelinya terpaksa menerima apa yang ada.

Pantai Geting Rupanya

Jadi sebagai alternatif, Master membawa Aina bermain di Pantai Sri Tujoh. Tetapi setelah Tedi kaji nampaknya pantai itu bukan Pantai Sri Tujuh, sebaliknya ia adalah Pantai Geting yang terletak bersebelahan Pantai Sri Tujuh, cuma kalau nak ke sana papan tanda Pantai Sri Tujoh menjadi panduan, selain MRSM Tumpat yang terletak berdekatan juga.

Bawa Aina ke Pantai Sri Tujuh untuk melihat pemandangan pantai pasir di tepi laut. Aina memakai t-shirt dengan tema kartun Doraemon yang menjadi kegilaannya pada masa itu. Gambar Aina ini diambil berlatarbelakang Wau Bulan sedang terbang dan juga rimbunan pokok Rhu. Umur Aina ialah 2 tahun 3 bulan dan 11 hari pada masa ini. Hanya Aina dan Master kerana pada masa ini Mummy sedang berpantang setelah melahirkan Aidan.
Friday, 31 May 2019, 18:37 # 20190531 # COLOR_POP # Xiaomi Redmi Note 5A # 64FC+P8 Tumpat, Kelantan # Pantai Geting, Tumpat, Kelantan #

gambar kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun bermain di tepi pantai Sri Tujuh di Tumpat di Kelantan di Malaysia pada waktu petang
Menghirup bau bayu laut yang segar pada petang hari Jumaat berlatarbelakang ombak menghempas pantai, bayang-bayang memanjang disinari cahaya mentari petang yang bakal menghilang ditelan lautan. Rasanya ini mungkin kali pertama Aina melihat pantai. Melihat laut pernah juga rasanya, tapi bermain di pantai belum pernah lagi.
# Friday, 31 May 2019, 18:44 # IMG_20190531_184436 # Xiaomi Redmi Note 5A #

Aktiviti di Pantai Geting di Tumpat di Kelantan

Apa lagi yang boleh dibuat di tepi pantai? Main air laut la kan?

Berikut adalah beberapa kemudahan atau aktivit yang boleh didapati di Pantai Geting.

  1. Menginap atau bermalam di resort di tepi pantai.
  2. Membeli dan bermain layang-layang, tetapi sepanjang pengalaman kami penjualan layang-layang ni tidak selalunya ada.
  3. Makan dan minum dengan pelbagai juadah yang dijual di medan makan di Pantai Geting.
  4. Mandi laut tapi tak nampak ramai orang mandi laut.
  5. Solat di surau yang disediakan.
  6. Bermain di taman permainan kanak-kanak.
  7. Nampak ada kuda tapi tak pasti jika boleh disewa.
  8. Sertai fun fair yang kadangkala dibuat di Pantai Geting

Lokasi dan Pemandangan Pantai Geting


Ulasan

Kiriman Berkaitan