بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Hari ini hari Ahad kami bawa Aidan ke Klinik Kesihatan Delima untuk ambil suntikan pelalian bayi umur 1 bulan.

 
Selain itu kehadiran kami ke sana adalah untuk kutip keputusan pemeriksaan penyakit kuning Aidan. Malangnya internet tidak berfungsi di Klinik Kesihatan Delima tersebut.
 
Mummy dan Master sebenarnya tak mahu bawa Aina sekali, tapi dek kerana Aina tiba-tiba bangun awal pada pagi kejadian, terpaksalah bawa dia sekali.
 
Hasilnya terpaksalah Master berkejar-kejaran dengan si Aina sepanjang berada di Klinik Kesihatan Delima.
 
Selain itu Aina juga berjaya membeli-belah 1 kotak air susu, 1 kek Apollo perisa pandan, dan 2 bungkus biskut beruang. Biskut beruang bukanlah sejenis biskut untuk santapan beruang tetapi ia adalah biskut berperisa coklat dengan bentuk beruang yang comel.
 

Pada sebelah petang pula kami ke sekitar Pangkalan Kubor di mana kami rakamkan gambar Pejabat Penggawa Daerah Pengkalan Kubor.

~20190630~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih