Langkau ke kandungan utama

Nak balik Kelantan dah

Bismillahirrahmanirrahim. Assolatuwassalamu ala Rasulullah saiyidina Muhammad sollallahu alaihi wassalam wa ala alihi wa sohbihi ajama'in.

Singgah Cleanpro Express dahulu ...

  • Sekarang Tedi sedang menemani Master mengeringkan baju yang baru dibasuh Mummy tadi. Pada waktu ini jam menunjukkan pukul 2:19 pagi hari Khamis malam Jumaat.
  • Tugasan mengeringkan baju kali ini kami laksanakan di Cleanpro Taman Seroja di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor di Malaysia.
  • Pemilihan Cleanpro sebagai pusat operasi pengeringan baju pada kali ini adalah sangat mudah! Kerana hanya Cleanpro sahaja (dalam pengetahuan Tedi) yang menggunakan duit syiling 50 sen, pusat dobi layan diri yang lain di sekitar kawasan perumahan kami menggunakan token. Penggunaan token ini agak membebankan kerana ada beberapa keping token lebih dalam simpanan kami yang sekarang kami tak tahu nak buat apa. Lebih baik kami gunakan sahaja duit syiling 50 sen yang melambak dalam simpanan kami daripada kami tukarkan duit kertas kepada token. Betul tak?
  • Sekali sampai sini, Cleanpro dah canggih la, dah gunakan pembayaran tanpa tunai pula iaitu menggunakan Visa, mungkin boleh guna dua-dua kad debit atau kad kredit. Urusniaga tanpa tunai macam ni memudahkan pihak pengurusan kerana mereka dapat kurangkan kebergantungan kepada penggunaan syiling 50 dan urusniaga tunai yang akan memaksa mereka mengurus duit tunai tersebut seperti pemindahan wang dan sebagainya.

Nak balik Kelantan dah ...

  • Kami buat kerja gila keringkan baju pagi-pagi buta ni bukannya apa, kerana esok kami dah nak bergerak pulang ke Kelantan. Nak hantar Mummy bersalin di sana, di mana Mummy dijangka bersalin di antara 21 Mei 2019 dan 1 Jun 2019.
  • Bersalin di Kelantan kerana dah dekat raya tu, kalau bersalin di Hospital Putrajaya dah tentulah keluarga Mummy dan Master nanti terpaksa beraya bersama kami. Senang bersalin di kampung nanti tumpanglah beraya di sana.
  • Master ambil cuti 3 minggu. Bos besar dah luluskan, manakala bos kecil tampak tak berapa gembira. Ketua pasukan Master pula bertanya kenapa nak kena bercuti terus-menerus 3 minggu? Kenapa tak hantar Mummy dan balik ke KL dulu?
  • Master faham, kerja tengah banyak, dan nampak macam Master sedang bersenang-lenang. Nak balik tadi pun Master dikejutkan dengan berita tugasan Master perlu diserahkan pada 18 Jun. Terkulat-kulat kelat juga muka Master apabila mengetahui tarikh akhir tugasan beliau telah diawalkan.
  • Nak buat macam mana, jawab okay sahajalah... Master ni ibarat mentimun dengan durian, menggolek luka, digolek luka, tergolek pun luka juga...
  • Pagi esok kami akan ke Jabatan Pendaftaran Negara Bandar Baru Salak Tinggi dahulu untuk urusan MyKid si Aina sebelum bergerak ke Kelantan. Nak singgah solat Jumaat di mana ya?

Ini suatu perjudian ...

  • Boleh dikatakan ini adalah satu bentuk perjudian buat Master kerana masih belum tidur sedangkan esok nak memandu jauh.
  • Tadi dah siap dah urusan pengeringan baju kami malangnya baju Aina yang kecil-kecil tu tak kering dengan baik, mungkin kerana semasa diputarkan dalam mesin basuh dobi layan diri tersebut baju-baju kecil ni diselimuti pakaian yang lebih besar.
  • Mata Tedi dah mengantuk ni. Tak boleh fikir nak taip apa lagi ni.

Versi

Karangan ini pertama kali ditaip pada jam 2:19 pagi, hari Jumaat, pada 17 Mei 2019.

Ulasan

Kiriman Berkaitan