بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Akhirnya Mummy selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 28 Mei 2019 jam 11:01 pagi dengan berat 2.7 kilogram.

Kelahiran adik lelaki kepada Aina itu adalah melalui pembedahan Caesarian di Hospital Universiti Sains Malaysia.

Aina pula ditahan di rumah Tok Ma kerana melasak. Jenuh jugalah Master melayannya semasa Mummy masuk ke dewan bedah sebelum Aina tertidur keletihan, dan kemudian dibawa pulang ke rumah Tok Ma.

Tetapi apabila Aina tiada terasa sunyi pula, entah apalah yang Aina buat di rumah tok ma.

gambar kolaj bayi lelaki baru lahir dan kanak-kanak perempuan dua tahun sedang tidur.
Aina tertidur keletihan semasa Mummy dalam dewan bersalin Hospital Universiti Sains Malaysia melahirkan Aidan. Aina keletihan setelah sibuk berlari ke sana ke sini di kawasan hospital. Umur Aina pada masa ini ialah 2 tahun 3 bulan 8 hari. # Tuesday, 28 May 2019, 13:05 # 20190528 # 20200602_065809-COLLAGE.jpg # https://goo.gl/maps/gfqFRbDsL1w8eoxz8  #

Alhamdulillah, semuanya agak baik pada ketika ini, cuma ahli keluarga terbaru kami ini kenalah dipaksa minum susu badan dengan harapan terhindar daripada demam kuning.

Mummy sekarang sedang berehat di wad Klinik Usains HUSM, dijangka selama 2 hari selepas pembedahan. Mummy dipindahkan daripada Wad 2 Akik HUSM ke wad Klinik Usains sekitar jam 10 malam lebih kurang.

Pada jam 11:30 malam Master keluar untuk mencari makanan sahur.

Master terpaksa membayar RM 23.20 (dua puluh tiga Ringgit Malaysia dan dua puluh sen sahaja) untuk sewaan tempat letak kereta awam HUSM. Nasib baik jugalah Klinik Usains ada beri pas letak kereta, jadi Master boleh letak kereta di tempat letak kereta staff HUSM selepas ini dalam masa 3 hari.

Tidak perlulah Master berjalan jauh selepas ini, dan tidak perlu fikir duit terbang melayang bayar sewa letak kereta.

Itu sahajalah buat masa ini, Tedi berasa sungguh mengantuk dan mahu melelapkan mata seminit dua. Lelapkan mata di kawasan lobi Klinik Usains kerana Tedi tak tahan dengan kesejukan suhu dalam bilik wad yang Mummy duduki.

20190825
Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.