بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Mummy nak beri nama Izz Aida kepada Aina, tetapi akhirnya semasa mengisi borang di Pejabat JPN, Master berikan nama Izza Aida.

Mummy tanya apakah maksud nama Izza tersebut?

Izza adalah lebih kurang sama maksud dengan nama Izz, Izzah, Izzati, Aziz dan perkataan Arab berasaskan akar yang sama... itu jawapan pendek.

Sengaja Master tambah huruf A di belakang nama Izz tu untuk bezakan nama kakak dan adik lelakinya nanti.

Tedi pasti Mummy telah mencari maksud nama Izza dalam internet menggunakan enjin carian Google, tetapi tidak ketemu. Ya, bukan senang nak jumpa maksud nama Izza dalam dunia maya ni.

 

Mummy Tak Ketemui Maksud Nama Izza

Jadi terpaksalah Tedi jelaskan maksud nama Izza di sini, manalah tahu penjelasannya panjang berjela, kalua panjang baguslah, boleh menjadi bahan bacaan kepada sesiapa sahaja yang mahu namakan anak mereka Izza.

Semasa Master memilih nama Izza ni Master tak berapa berkenan sangat sebab macam tak sedap bunyinya. Tapi tujuan dipilih nama itu bukan nak bagi sedap, tapi sebab Mummy nak ada sikit-sikit bunyi nama beliau dalam nama anak-anak. Bagi Master nama anak pendek-pendek dahlah macam nama para Nabi dan Rasul Allah. Letak nama panjang-panjang  pun bukan dipanggil dengan nama panjang tu walaupun mungkin maksud nama tu indah dalam versi panjang.

Mummy nak letak nama Izz pada Aina membuatkan Master rasa tak sesuai sebab Izz tu lebih sesuai buat anak lelaki, walaupun nama tu lelaki perempuan boleh pakai.

Jadi Master cari dan cari akhirnya ketemu juga nama Izza, tambah satu huruf sahaja – tapi bukan mudah nak jumpa.

Cari pun mungkin dalam masa sejam dua je pun.

 

Maksud nama Izza dalam Bahasa Arab

Izza ni ada dalam banyak Bahasa, jadi sebagai Muslim tentulah kita nak gunakan nama dalam Bahasa Arab.

Izza adalah nama bayi perempuan yang selalunya digunakan oleh penganut agama Islam dan berasal daripada Bahasa Arab.

Maksud nama muslim Izza ialah mulia, terkenal, berkuasa, terhormat.

Jadi boleh dikatakan nama Izz dan Izza tak lari jauh maksudnya.

Izza adalah bersamaan dengan Izzah bermaksud “kuasa”. Ia dikaitkan dengan perkataan Arab yang berkaitan dengan kekuatan, kemuliaan, dan kehormatan, yang boleh digunakan untuk memuji tetapi boleh juga digunakan untuk menunjukkan keangkuhan.

 

Izza dalam tulisan Arab

إذا

Ejaan dalam Bahasa Arab versi pertama adalah menggunakan huruf: Hamzah – Dzal – Alif , di mana versi ejaan ini tidak digemari Master kerana Master tidak biasa temui ejaan sebegini dalam hidupnya setakat ini.

Tetapi maksudnya masih : terkenal, berkuasa, terhormat.

 

Izzah atau Ezzah dalam tulisan Arab

Ejaan kedua adalah

عزاه

Nama Izza ni mungkin berkaitan dengan nama mak lang Izzati yang bermaksud bangsawan. Bangsawan dan mulia tak larilah kan?

Selain itu maksud nama Izzah dikaitkan dengan nama Aziz melalui kata akarnya di mana Aziz ni kita tahu maknanya Agung, dan nama Master ada perkataan dengan kata akar Aziz ni, juga nama Tok Mak. Pak Teh juga menggunakan kata akar yang sama pada namanya.

arti nama Izzah, Izzah dalam tulisan jawi,


~20190529~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih