Karangan Tedi kali ini adalah mengenai kasut badminton ASICS yang termasuk dalam kumpulan kasut terbaik dunia yang boleh kita intai pada tahun 2018 ini.

ASICS adalah sebuah syarikat multinasional Jepun yang menghasilkan alas kaki (kasut dan sebagainya) dan peralatan sukan yang direka untuk pelbagai jenis sukan umumnya untuk tahap harga mahal. Nama ASICS adalah singkatan kepada ayat latin, "anima sana in corpore sano", yang bermaksud "Kesihatan rohani dari kesihatan jasmani".

Kasut Badminton Terbaik Lelaki

Para peminat kasut ASICS boleh berbangga apabila terdapat 2 pasang kasut badminton ASICS yang termasuk ke dalam kategori kasut badminton terbaik lelaki iaitu ASICS GEL-Rocket 7 Volleyball Shoe dan ASICS GEL-Upcourt Indoor Court Shoe.

Tedi pernah hantar satu karangan pasal kasut badminton ASICS GEL Rocket 7 pada bulan Mac 2017, dan tak sangka sampai sekarang ia masih menjadi pilihan nombor 1 kasut badminton di dunia.

Di bawah adalah review mengenai kedua-dua kasut ASICS yang terpilih ke dalam kategori kasut badminton lelaki terbaik itu.

1. Kasut bola tampar ASICS GEL-Rocket 7

Kasut sukan lelaki daripada ASICS ini adalah kasut yang terbaik untuk banyak sukan termasuk badminton. Kebolehpelbagaian membuatkan kasut ini lebih digemari berbanding kasut lain.

Tarikan pertama yang ada pada kasut GEL-Rocket 7 adalah ia ada dalam pelbagai warna.

Bahagian tapak kasut ini adalah custom-made yang direka dengan fokus kepada gelanggang. Tapak luar diperbuat daripada getah yang lebih anti-licin berbanding pesaing, dan tapak dalamnya diperbuat daripada getah yang kurangkan tekanan ke atas kaki anda.

Bahagian tengah tapak dalamnya diacu untuk memperolehi bentuk natural kaki manusia.

Kasut ASICS GEL-Rocket 7 adalah ringan dan dibuat untuk keselesaan pemain semasa dalam perlawanan. Ia menggunakan bahan sintetik dan tahan lasak.

Kelebihan kasut ASICS GEL-Rocket 7:

  1. Bahan sintetik menambah ketahanannya,
  2. Acuan tapak tengah menambah tahap keselesaannya,
  3. Tapak luar yang anti-licin, dan tapak dalam yang memudahkan kawalan,
  4. Ia ringan jadi mengurangkan tenaga diperlukan ketika bermain.

Kekurangan kasut ini ialah:

  1. Tiada jaring pengudaraan

2. Kasut gelanggang indoor ASICS GEL-Upcourt

Tedi tak pernah pula dengar pasal siri GEL-Upcourt ni, dan tiba-tiba sahaja ia menduduki tempat kedua terbaik kasut badminton lelaki.

GEL-Upcourt adalah satu siri rekaan khas untuk lelaki dan ia sesuai untuk pelbagai jenis permainan gelanggang dalam dewan termasuklah badminton.

Ia menggunakan teknologi gel menjadikan tapak dalamnya lebih beralas dan selesa. Ia menggunakan bahan sintetik dengan lapisan-lapisan berbeza yang membantunya menjadi lebih bergaya di samping menjadikannya lebih selamat semasa bermain.

Tambahan pula tapak luar kasut ini direka khusus untuk sukan gelanggang indoor yang memastikan tiada kesan ditinggalkan.

Kasut ASICS GEL-Upcourt datang dalam saiz standard dan kurang pilihan warna. Kasut ini adalah kalis air dan tahan lama walaupun dibasuh. Kasut ini mempunyai sokongan lembut di bahagian sisi untuk keselesaan buku lali. Kasut ini boleh juga digunakan untuk berjalan dan berlari kerana kepadanan dan keselesaan yang luar biasa.

 

Kasut Badminton Wanita ASICS Terbaik 2018

 Berbanding dengan kasut lelaki ASICS, dua kasut wanita terbaik untuk permainan atau sukan badminton keluaran ASICS ialah kasut bola tampar siri GEL Upcourt dan GEL Rocket 7. Kedua-dua kasut ini berjaya menduduki top 6 kasut badminton wanita terbaik.

1. Kasut bola tampar ASICS Women's Gel Upcourt

Kasut bola tampar wanita ASICS Gel Upcourt adalah kasut prestasi tinggi direka untuk atlet wanita yang bermain sukan indoor. Kasut-kasut ini dihasilkan dalam pelbagai warna dan saiz yang direka untuk wanita. Bahan sintetik pada kasut GEL Upcourt menjadikan kasut sukan wanita itu lebih kuat dan lebih lasak. Tapak dalam diperbuat daripada getah meningkatkan keselesaan dan keseimbangan, manakala tapak luaran daripada getah gam memberikan lebih cengkaman untuk sukan dalam dewan.

Getah gam pada tapak luar melindungi kasut daripada dicalarkan oleh gelanggang. Teknologi gel pula memberikan tapak yang lebih lembut dan selesa, menjadikan kasut ini anti-kejutan sekaligus mengelakkan kecederaan semasa perlawanan sengit. Saiz kasut-kasut ASICS GEL Upcourt ini sesuai untuk semua atlet wanita pelbagai umur dan kemahiran.

Kelemahan kasut ASICS Gel Upcourt wanita ini cuma kekurangan sokongan pada bahagian belakang kaki.

 

2. Kasut bola tampar ASICS Women's Gel Rocket 7

Kasut keluaran ASIC ini berjaya masuk dalam senarai kerana ciri-ciri dan prestasi yang diberi kepada para pemain mengikut jantina. Kasut siri GEL Rocket mempunyai alas dalam dibuat daripada gel yang menjadikan kasut ini selamat sekaligus mengelakkan kekerapan berlakunya kecederaan kepada pemain. Alas GEL menjadikan alas dalam kasut ini lembut dan kalis kejutan.

Kasut ASICS GEL Rocket 7 ini dibuat daripada bahan kain dan sintetik yang meningkatkan tahap kestabilan kasut tersebut.

ASICS menawarkan sistem Trusstic dalam produk mereka yang memastikan perpindahan berat tidak menyebabkan kasut dan pemain hilang keseimbangan. Kasut direka rendah menjadikan kasut ASICS lebih selamat di sekitar tumit dan bukulali. Kasut ASICS GEL Rocket 7 ini sangat ringan dan didatangkan dalam pelbagai warna dan saiz.

Kelemahan kasut GEL Rocket 7 untuk wanita ini cuma tapak luarnya tidak direka kalis calar.