Hari ini adalah hari temujanji pertama Master bersama pakar oftamologi di Hospital Putrajaya untuk tahun 2019. Harapnya adalah untuk yang terakhir.

Kebetulan temujanji Master pada hari ini serentak dengan temujanji Mummy, cuma temujanji Master pada waktu pagi, manakala temujanji Mummy adalah pada waktu petang.

Master bertolak dahulu ke Hospital Putrajaya dan sampai di tempat letak kereta pada jam 8:20 pagi lebih kurang.

deretan belon udara panas di langit Putrajaya
Ketibaan kami di tempat letak kereta Hospital Putrajaya disambut dengan kelibat belon udara panas yang berkonvoi terbang di sekitar Putrajaya.
# 28 Mac 2019 08:22 pagi Khamis # IMG_20190328_082222 20190328 201903 # Xiaomi Redmi Note 5A # Hospital Putrajaya # Jalan P9, Presint 7, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Gambar suasana ketika orang ramai beratur untuk ambil nombor giliran di Hospital Putrajaya pada waktu pagi.
Baru jam 8:26 pagi tapi dah ramai orang beratur nak ambil nombor giliran untuk mendaftar lawatan mereka.
# 28 Mac 2019 jam 08:26 pagi Khamis # IMG_20190328_082622 # Xiaomi Redmi Note 5A # Putrajaya Hospital
Dah dapat nombor giliran, aiyak, nombor 2134 dan nombor tengah dilayan ialah 2050 bermaksud kena tunggu 83 orang dilayan dahulu barulah tiba giliran Master.
# 28 Mac 2019 jam 08:37 pagi hari Khamis # IMG_20190328_083714 # Hospital Putrajaya

83 orang tu bukanlah jumlah yang sedikit. Akhirnya Master dipanggil ke kaunter pendaftaran dan selesai mendaftar pada jam 09:53 pagi lebih kurang, bermaksud Master terpaksa menunggu selama  1 jam 24 minit untuk mendaftar. Semasa pendaftaran Master dikehendaki serahkan nombor giliran dan buku temujanji.

Bayaran RM 5 akan dikenakan untuk pendaftaran tersebut. Selesai mendaftar Master ditunjukkan untuk ke klinik mana. Master ke klinik oftamologi dan letakkan buku temujanji dalam satu bakul di sana, sebelum menanti nama dipanggil untuk pemeriksaan awal.