• Alhamdulillah, selepas Maghrib tadi selesai satu majlis solat hajat untuk mendoakan keselamatan Mummy dan adik Aina.
  • Master beli 20 bungkus nasi ayam di Restoran Sukamari, nampak tak cukup, tapi dah tawakkal kepada Allah. Mula-mula takut tak habis, mujur ramai juga kanak-kanak yang datang.
  • Malangnya berlaku satu kesilapan dek terlepas pandang, kami tak sediakan air minuman. Maklum sahajalah ini kali pertama anjurkan solat hajat di surau. Master nak bancuh air di surau pun dia tak fasih di mana tersimpannya semua perkakasan. Nampaknya lepas ini Master kena rajin-rajinkan diri untuk membantu apa-apa persiapan membancuh air di surau.
  • Selepas Isya, master pergi beli jarum (lancet) untuk Mummy gunakan bersama peralatan Accu-Chek FastClix yang digunakan untuk mengukur kadar gula dalam darah. 1 drum ada 6 jarum, dan harga 1 drum ialah RM 3. Jika beli sekotak iaitu 102 jarum harganya RM 51 (lima puluh satu Ringgit Malaysia sahaja). Master beli lancets tersebut di sebuah farmasi di TESCO Putra Nilai.

20190210