Mummy nak kirim alas papan seterika kepada Mak Long Ili yang dibeli daripada kawan Mummy.

Masalahnya kawan Mummy ni kalau dia nak pos alas papan seterika yang dibeli oleh para pelanggan, dia akan pos satu-satu. Gila ka apa? Tak mesra pelanggan sungguh! Macam ni lah orang Melayu meniaga, nanti kalau tak sokong kata dengki la apa la....

Tedi tak marah pun, sengaja Tedi menambah perkataan supaya cukup 500 perkataan. Biasalah tu kan dalam karangan kita kena merapu nak bagi nampak panjang berjela-jela biarlah cikgu atau kawan-kawan malas nak baca.

Mummy cari mana boleh pos alas papan seterika tu gunakan POSLaju Malaysia, satu syarikat penghantaran atau syarikat kurier nasional di Malaysia. Tedi syak ia ada kena mengena dengan POS Malaysia juga, tak tahulah sama ada adik-beradik atau anak-beranak.

HQ POSLaju Malaysia iaitu cawangan POSLaju Kuala Lumpur terletak di Brickfields yang pernah kami singgah suatu masa dahulu untuk kutip kiriman yang tidak dapat dihantar. POSLaju Brickfields ni tutup jam 8:30 malam. Satu lagi cawangan POSLaju Kuala Lumpur yang tutup lewat ialah di UTC Pudu Raya, tapi tak tahulah kalau masa beroperasi sehingga jam 10 malam tu masih sah diperlakukan dengan nilai almaklumlah zaman Malaysia Baru ni sibuk nak tutup semua benda berkaitan kerajaan.

Tedi faham sangat hal kakitangan kerajaan ni kalau nak dicantas atau dikurangkan atau ditutup tu mestilah untuk memenuhi kempen pilihanraya DAP yang sibuk promosikan ketidakcekapan kerajaan. Tedi malas nak masuk campur nak borak panjang, kalau ada apa-apa masalah kakitangan kerajaan macam Polis dan Bomba dicari tapi kalau tiada masalah dikutuk kaw kaw punya. Jangan dihiraukan anjing menyalak bukit kerana kerja anjing memang menyalak pun.

Mummy cari cawangan POSLaju Kuala Lumpur yang tutup lewat disebabkan Master ada kelas Mandarin sehingga jam 8 malam.

Tetapi Master berasa sangat pelik sebab rasanya di Pejabat POS Malaysia ada khidmat POSLaju ni. Bila cari dalam laman web POS Malaysia tiada pula dalam senarai produk. Bila semak laman web POSLaju tiada pula senarai cawangan POSLaju di kawasan Kerinchi, tapi Master rasa macam ada ja... sebab Master pernah memperbaharui lesen memandu beliau di Pejabat POS Malaysia Bukit Angkasa dan macam nampak ada POSLaju di sana.

Maka Master pun memperjudikan nasib beliau membawa bungkusan alas papan seterika tu untuk dikirimkan melalui POSLaju jika ada di Pejabat POS Bukit Angkasa tu.

Master pun pergilah, nasib baik ada tempat letak kenderaan yang kosong di depan kuarters Polis di sana. Nasib baik juga memang ada POSLaju di Pejabat POS Bukit Angkasa KL.

Selamat datang ke POS Malaysia Bukit Angkasa, KL.
Nombor anda 1074 nombor sekarang 1071 sila duduk. Anda akan dilayan sebentar lagi.
20/02/2019 15:02
# nombor giliran khidmat POS Laju di Pejabat POS Malaysia Bukit Angkasa
# 20 Februari 2019 jam 14:57 hari Rabu
# 20190220 # 201902 # Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A
# Lokasi: Bukit Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Perkara pertama yang perlu diambil ialah nombor giliran.

Perkara kedua sepatutnya mengisi borang POSLaju tapi tiada siapa yang maklumkan kepada para pelanggan. Pelanggan tetap POSLaju Malaysia di sana Tedi tengok selamba je pergi ke kaunter ambil borang. Master pula tunggu nombor gilirannya dipanggil.

Setelah isi borang, hantar barang ke kaunter. Bungkusan alas papan seterika kami tu dalam 4.7 kilogram tidak sampai 5 kg. Jumlah bayaran yang dikenakan kepada kami untuk POSLaju parcel tersebut ialah RM 35.90.

Kita akan diberikan resit bayaran di mana di dalamnya ada POSLaju tracking ID yang boleh digunakan untuk kita jejak POSLaju parcel yang kita hantar tu menggunakan POSLaju Online Tracking. Semuanya guna Bahasa Inggeris apa koman sangat guna Bahasa Melayu? Sebut sahajalah bungkusan POSLaju (psrcel), ID penjejakan POSLaju (tracking ID), dan Penjejakan Atas Talian POSLaju (POSLaju Online Tracking).

Tapi nak jejak POSLaju tracking ID tu kena pada keesokan harinya mungkin pada masa kami di Pejabat POS Malaysia itu dah lewat, jadi POSLaju takkan kutip.