Pada suatu hari ketika satu majlis makan-makan di rumah kami bersama kawan-kawan program diet yang disertai Mommy, Tedi terdengar seorang pakcik bertanya kepada seorang pakcik yang lain.

Pertanyaannya adalah untuk meminta pandangan kereta apa yang patut dibelinya.

Tedi dah terdetik dalam hati dan ingin tahu, kereta apa yang akan dicadangkan, sebab selalunya manusia ni akan mencadangakan dan memuji kereta-kereta yang mereka suka. Tedi percaya bahawa pakcik yang ditanya itu akan mencadangkan mana-mana jenama kereta.

Belilah kereta apa pun, asalkan...

Belilah apa kereta kau nak beli, asalkan kereta automatik.

Terkejut beruang juga Tedi mendengar nasihat itu. Benar sungguh pandangan pakcik yang ditanya itu, belilah kereta automatik.

Gambar kereta VIGO atau kereta Toyota Hilux

Secara jujurnya itu adalah nasihat yang paling jujur Tedi pernah dengar. Secara jujurnya juga Tedi akui bahawa Tedi tak pasti jika kereta manual masih dijual di Malaysia?

Kereta automatik atau kereta gear auto adalah kereta yang akan tukar gear secara automatik apabila diletakkan pada D atau drive. Tetapi masih ada juga gear rendah yang ditandakan L atau D1 dan D2.

Berikut adalah beberapa kelebihan memandu kereta transmisi auto

Kurang Letih jika tersangkut dalam kesesakan lalu lintas

Kereta gear automatik amat membantu ketika kita tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, kerana pemandu hanya perlu tekan brek dan pedal minyak sahaja. Sementara itu tangan dan mata boleh fokus kepada telefon pintar... hehe... gurau je. Pemandu tidak perlu tekan klac banyak kali semasa dalam kesesakan lalu lintas, jadi kecederaan lutut yang selalu dialami kerana ulangan menekan klac boleh dielakkan. Kaki juga kurang lenguh kerana selalunya pedal klac lebih keras untuk ditekan terutama pada kereta berusia.

Lebih banyak masa untuk fokus kepada pemanduan

Pemandu tidak perlu fikirkan tentang klac atau nak tukar gear semasa nak masuk simpang, jadi ada lebih banyak masa untuk pemandu fokus kepada kereta lain di jalanan. Apabila keadaan selamat, pemandu boleh terus menekan pedal minyak dan memecut masuk ke jalan sasaran.

Tak perlu tekan klac, masuk gear, lepas klac sambil tekan minyak, sebelum kereta bergerak ke jalan sasaran.

Penggunaan minyak optimum

Ada orang kata bahawa penggunaan kereta transmisi manual adalah lebih jimat minyak berbanding memandu kereta auto. Ia adalah satu fakta yang benar.

Tapi itu jika pemandu kereta amat cekap menukar gear kereta mereka, dan dalam perjalanan panjang dan tersekat dalam kesesakan lalu lintas, hal itu adalah mustahil. Keletihan semasa pemanduan akan menyebabkan pemandu malas nak menukar gear yang betul tepat pada masanya.

Ketika inilah memantu kereta automatik akan memberi kelebihan dalam penggunaan petrol kereta..