Langkau ke kandungan utama

Selamat tinggal Klinik Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif HKL

9 Januari 2019 jam 11:36 pagi hari Rabu
Temujanji terakhir Aina di Klinik Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Hospital Kuala Lumpur.
Aina sedang makan jelly yang diberikan jururawat di luar klinik pakar.
Aina berumur 1 tahun 10 bulan 18 hari.
Dirakam menggunakan kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A.
 

9 Januari 2019 jam 9:35 pagi hari Rabu
Tiba di Kompleks Pakar dan Rawatan Harian Hospital Kuala Lumpur setelah menempuh kesesakan lalulintas dari Sepang ke Kuala Lumpur. Master merasakan pemanduan ini sungguh memenatkan. Perkara pertama yang dilakukan oleh Master sebaik sahaja sampai di Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah menurunkan Mommy dan Aina di Kompleks Pakar dan Harian HKL, sebuah bangunan yang menempatkan semua klinik pakar dan klinik harian.
XiaomiR Redmi Note 5A 2019-01-09-093516
9 Januari 2019 jam 10:45 pagi hari Rabu
Aina sedang tunggu giliran jumpa doktor pakar di Klinik Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Hospital Kuala Lumpur.
Gambar masa dia tengah minum air, duduk elok je kononnya padahal duk buat bising lari-lari dalam hospital.
Dirakam menggunakan kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A 2019-01-09-104527

Ulasan

Kiriman Berkaitan