Alhamdulillah, dapat juga Tedi meluangkan masa mengadap komputer riba Lenovo T420s ini untuk mencoret kesinambungan kepada kiriman Tedi yang bertajuk Kereta Lembu yang pernah Tedi kirim hampir 5 tahun yang lalu.

Pada masa tu Tedi masih belum kenali apa itu Kereta Lembu.

Kali ini Tedi kembali pula menyelongkar beberapa gambar lukisan kereta lembu sebagai sumber ilham untuk melukis gambar kereta lembu.

Lukisan Kereta Lembu oleh Free Meditation

Gambar lukisan berwarna kereta lembu dinaiki seorang wanita yang ditarik seekor lembu dengan latar belakang hutan. Agak menarik kerana ada bayang-bayang kereta lembu tersebut.

Cara-cara melukis kereta lembu oleh Youtube

Lukisan berwarna kereta lembu dipandu seorang manusia berlatarbelakangkan dua buah rumah, pokok, pokok kelapa, burung beterbangan, dan langit biru.

Kartun kereta lembu untuk mewarna oleh Bail Gadi

Gambar kartun ringkas kereta lembu hitam putih untuk latihan mewarna. 

gambar kartun kereta lembu

Lakaran Strok Hitam Putih Kereta Lembu oleh Hema Rana

Tak pasti medium apa yang digunakan oleh Hema Rana untuk melukis gambar kereta lembu di bawah ni. Apa yang Tedi pasti ia adalah teknik strok yang boleh dilakukan menggunakan pensil.

Lukisan Arca Kereta Lembu oleh Ludstuff

Tedi suka lukisan arca kereta lembu di bawah ni nampak sangat bersih dan menarik. Mungkin ini adalah lukisan arca kereta lembu yang dipamerkan di muzium.

Lakaran Pensil Kereta Lembu oleh Venganoor

Jika lukisan kereta lembu sebelum ini adalah pandangan dari tepi, ini pula lukisan kereta lembu pandangan dari depan, menggunakan lakaran pensil hitam putih, kereta lembu ini ditarik oleh dua ekor lembu dan dipacu seorang lelaki.

Lukisan Hitam Putih Kereta Lembu

Tak tahu siapa pengkarya lukisan yang tampak menggunakan pen ini. Gaya dan reka bentuk kereta lembu ini unik dan tampak macam gaya kereta lembu di benua Asia Tenggara.

contoh gambar lukisan kereta lembu

Lukisan kereta lembu dari Fine Dictionary

Lukisan di bawah ini nampak macam lukisan kereta lembu di India.

Lukisan pensil kereta lembu oleh Gaurzilla Gaurav Bahl

lukisan pensil kereta lembu ditarik dua ekor lembu yang dipacu seorang lelaki dengan pandangan dari depan dengan latar belakang pokok-pokok kelapa dan sebuah rumah.


20181202