Tajuk Nasyid: Satu dalam Perjuangan
Munsyid: Saujana (Sau7ana)
Terbitan: InTeam Records

gambar tujuh anggota Saujana sempena reunion terkini

Lirik Nasyid "Satu dalam Perjuangan"

Atas nama cinta dan kemanusiaan
Tiada bangga atau ternama

Duniaku yang kian parah dan terancam
Kerna kejahilan yang kini mencengkam
Jiwa tertindas tanpa belas dan pembelaan

Jangan kau ingat ku keseorangan
Menyinarkan cahaya kebenaran

Tiada suara kan terbungkam
Tiada kuasa kan menghalang

Teguh ku berdiri bersama kotakan janji
Di samping teman sahabat sejati
Memerah segala keringat ku
Hingga ku capai saat terulung

Satu dalam perjuangan

Biar apa pun seragam wira ku
Berundur tak wujud dalam kamus hidup ku

Terus ku menyusuri perjalanan
Ku sematkan rasa kasih dan sayang
Suatu pengharapan
Semarakkan cinta luhur yang ku impikan

Jangan kau ingat ku keseorangan
Menyinarkan cahaya kebenaran

Tiada suara kan terbungkam
Tiada kuasa kan menghalang

Teguh ku berdiri bersama kotakan janji
Di samping teman sahabat sejati
Memerah segala keringat ku
Hingga ku capai saat terulung

Satu dalam perjuangan

Walau tubuh ku tersungkur layu
Tekad ku tak luntur
Ku julang ke mercu
Hingga jasad ku terkubur

Jangan kau ingat ku keseorangan
Menyinarkan cahaya kebenaran

Tiada suara kan terbungkam
Tiada kuasa kan menghalang

Teguh ku berdiri bersama kotakan janji
Di samping teman sahabat sejati

Memerah segala keringat ku
Hingga ku capai saat terulung

Jangan kau ingat ku keseorangan

Tiada suara kan terbungkam
Tiada kuasa kan menghalang

Teguh ku berdiri bersama kotakan janji
Di samping teman sahabat sejati
Memerah segala keringat ku
Hingga ku capai saat terulung

Satu dalam perjuangan

Satu dalam perjuangan

 

Tedi berbicara mengenai lirik "Satu dalam Perjuangan"

Sudah lama tak dengar lagu terbaru Saujana. Salah sebuah lagu Saujana yang Master minat adalah lagu nasyid bertajuk "Sendiri".

Jadi apabila ada sahaja lagu Satu dalam Perjuangan ni, Master minta Tedi olahkan.

Lirik ini memang straight forrward atau dalam Bahasa Melayu mungkin boleh dikatakan tepat kena batang hidung... hehehe..

Tapi tajuk lagu ni agak double meaning, satu ia mahu ceritakan mengenai semangat bekerjasama dalam amal makruf, maksud keduanya ialah Saujana melakukan reunion menerusi lagu Satu dalam Perjuangan ini di mana kesemua 7 anggota dan bekas anggota Saujana bergabung.

Sebab itulah mereka menjenamakan ejaan Saujana itu kepada Sau7ana.

 

Mengenai lagu ini, ia menceritakan tentang seseorang yang melakukan kerja-kerja amal kerana perasaan kasih sesama manusia, di mana kerja amalnya ini mungkin sesuatu yang tidak famous atau mungkin sahaja dibenci dan dikecam orang.

Atas nama cinta dan kemanusiaan
Tiada bangga atau ternama

Kerja amalnya itu adalah untuk membantu manusia yang tertindas dek kerana kejahilan, mungkin sahaja dek salah faham, dan mungkin sahaja tersembunyi kerana propaganda yang dimainkan oleh mereka yang menindas.

Oleh itu dia memberi amaran kepada si penindas bahawa dia tidak keseorangan, dia ada kawan yang akan membantunya dalam perjuangan tersebut. 

Tekadnya sangat kuat sehinggakan dia berkata bahawa "tiada suara yang akan terbungkam, tiada kuasa akan menghalang."

Ini bermaksud dia akan mendedahkan sebarang ketidakadilan dan tiada siapa akan dapat menghalangnya.

 

Dia akan berusaha keras bersama kawan-kawan sehingga tercapai  cita-citanya

Memerah segala keringat ku
Hingga ku capai saat terulung

Tapi "saat terulung" itu mungkin bermakna sama ada dia berjaya dalam misi, atau dia terkorban dalam usaha murninya itu.