Leeds United berminat dengan penjaga gol bawah-21 Newcastle United dan juga England, Freddie Woodman, menurut beberapa laporan.

Leeds pada waktu ini kekurangan pilihan penjaga gol, di mana hanya Bailey Peacock-Farrelltheir sahaja penjaga gol yang cergas dan mempunyai pengalaman senior. Penjaga gol Jamal Blackman yang dipinjam dari Chelsea telah kembali ke kelabnya setelah kakinya patah. manakala Will Huffer yang berusia 20-tahun membuat penampilan pertamanya di Championship ketika menentang Bristol City dalam bulan November ini disebabkan oleh krisis kekurangan penjaga gol di kelab Leeds United.

Freddie Woodman adalah penjaga gol skuad bawah-21 England dan Newcastle United.

The Mirror melaporkan bahawa Leeds akan beralih kepada Woodman yang berusia 21 tahun itu dalam jendela perpindahan pada bulan Januari nanti sebagai penyelesaian kepada isu tersebut.

Woodman hanya membuat satu penampilan bersama skuad senior Newcastle United, ketika beraksi dalam perlawanan Piala FA musim lalu, sebelum kemudiannya terpaksa menghabiskan masa sebagai penjaga gol pinjaman bersama kelab Kilmarnock dan Aberdeen.

Woodman juga merupakan pemain skuad bawah-20 England yang memenangi Piala Dunia 2017, menyelamatkan penalti pada perlawanan final dan memenangi anugerah Sarung Tangan Emas sebagai penjaga gol terbaik dalam pertandingan tersebut.

Walaubagaimanapun, laporan itu mendakwa Leeds akan terpaksa bersaing dengan Celtic, Fulham dan Arsenal untuk khidmat penjaga gol tersebut.

Pada awal minggu ini, terdapat laporan bahawa Marcelo Bielsa juga sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat penjaga gol Rangers, Wes Foderingham untuk memperkasakan barisan penjaga gol Leeds United.