Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2018

KFA perlu ada pasukan khas nilai pemain import

PASUKAN yang menilai pemain import wajar dibentuk oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bagi memburu pemain berkualiti untuk Lang Merah musim hadapan.Pengerusi Kelab Penyokong Jaguh Utara (JUFC), Mohd Safarizal Mohd Sobri berkata, pasukan khas ini mampu memastikan persatuan tidak bergantung sepenuhnya kepada ejen.Menurutnya, kesilapan memilih pemain import yang dibawa oleh ejen sebelum ini wajar dijadikan pengajaran dan tidak seharusnya berulang lagi pada musim 2019.Liridon Krasniqi akan tamat kontrak bersama Kedah pada hujung musim ini. "Seeloknya tubuhkan satu pasukan pemantau untuk menilai dan menyiasat latar belakang pemain-pemain import ini."JUFC tidak mahu ada tangan-tangan ghaib yang menentukan pemilihan pemain import ini. Skuad pemantau hendaklah terdiri di kalangan individu yang mempunyai kepakaran tentang bolasepak dan bukannya orang-orang yang menjaga persatuan bolasepak," katanya ketika dihubungi Sukan Sinar.Bagaimanapun, pemilihan tersebut memerlukan pengliba…

Aina Suntik Setahun 6 Bulan

Semalam Aina terima suntikan untuk bayi berumur satu tahun enam bulan.Suntikan itu diambil di Klinik Kesihatan Salak. Kami ke sana pada waktu petang, bertolak dari Bangsar South sekitar jam 1:30 petang dan sampai di klinik pada jam 3:30 petang.Kami singgah di RnR Nilai untuk membolehkan Mummy menunaikan solat Zuhur. Nanti susah pula nak bergilir menjaga Aina jika Mummy dan Master tunggu solat di klinik tersebut.Sebelum disuntik, Aina sungguh galak, termasuklah memukul anak orang, menggigit bayi, memanjat kerusi, menjerit tak payah ceritalah.Selepas disuntik Aina menangis tak boleh berjalan, padahal yang disuntik ialah lengannya.Petang semalam juga GDex hantar tilam toto yang Mummy beli.

Baddrol legenda sebenar - TMJ

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap Baddrol Bakhtiar sebagai legenda sebenar pasukan Kedah.“Legenda sebenar Kedah. Penghormatan yang besar buat Baddrol Bakhtiar,” kata Tunku Ismail di Twitter miliknya yang turut dimuat naik bersama gambarnya dan Baddrol, hari ini.Walaupun tidak menyatakan dengan jelas, namun kenyataan Tunku Ismail itu dilihat seakan ditujukan kepada tonggak import Kedah, Liridon Krasniqi yang sebelum ini menggelar dirinya sebagai legenda. Terdahulu, menerusi Twitter sama, Tunku Ismail yang juga Tunku mahkota Johor (TMJ) memuat naik gambar Liridon bersama Junior Eldstal berserta kenyataan: “Saya tidak pernah melihat mana-mana pemain bola sepak menggelar dirinya sebagai legenda.“Legenda memberi inspirasi, legenda memenangi trofi, legenda tidak menyalahkan orang lain dan legenda tidak bergaduh dengan rakan sepasukan. Baddrol adalah legenda sebenar Kedah,” tambah TMJ.Liridon mencetuskan kontroversi selepas …

Lantik segera ketua jurulatih Kedah

Tedi sangat bersetuju ketua jurulatih Kedah dilantik dengan segera kerana dia perlu menyusun pemain dan mencari jurulatih baru jika perlu.Dia juga perlu menyusun strategi sesuai dengan barisan pemain yang dia ada, maka dia perlu kenali barisan pemain dengan lebih rapat. Selain itu dia juga perlu terlibat dalam urusan perpindahan pemain.LANG Merah perlu segera melantik ketua jurulatih baharu bagi melakukan persiapan pada musim hadapan selepas gagal melepasi saingan peringkat Kumpulan C Piala Malaysia.Pencapaian yang cukup sederhana dipamerkan skuad utama perlu dinilai secara menyeluruh dan ‘post-mortem’ juga wajar dilakukan kerana gagal mencapai sasaran yang diharapkan. Kedah mencatatkan keputusan sederhana pada musim 2018 apabila berada di tangga keenam Liga Super, pusingan ketiga Piala FA dan peringkat kumpulan Piala Malaysia.Menurut Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah Darul Aman (Kepda), Nor Asmadi Hamzah, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) perlu segera memutuskan pengendali bah…

Kedah turunkan kesebelasan terbaik lawan Kelantan

FINALIS Piala Malaysia musim lalu, Kedah akan menurunkan kesebelasan terbaiknya pada perlawanan akhir Kumpulan C Piala Malaysia 2018 bertemu Kelantan di Kota Bharu, Ahad ini.Pemangku Ketua Jurulatihnya, Azzmi Abd Aziz berkata, beliau akan menyediakan gandingan pemain terbaiknya dalam aksi memburu kemenangan menentang The Red Warrior (TRW) biarpun sedar bukan satu tugas mudah.Kedah meletakkan sandaran ke atas Sandro untuk mengetuai serangan mereka merobek gawang Kelantan, Ahad ini.Menurutnya, walaupun memerlukan satu mata sahaja untuk layak ke suku akhir, beliau tetap mahu Lang Merah terbang tinggi di Stadium Sultan Muhammad IV dan perkara tersebut dibuktikan melalui persiapan rapi sejak seminggu yang lalu.“Saya melihat perlawanan ini ibarat perjuangan hidup mati buat Kedah dalam Piala Malaysia musim ini dan semestinya kami akan turun ke Kota Bharu dengan kekuatan penuh.“Kita perlu bermain ‘fast football’ dan taktikal ini akan diterapkan untuk menghidupkan peluang menjaringkan gol. Say…

Kenduri Kahwin Adik Kak Ogy

Hari ini pergi ke Desa Pandan untuk memenuhi jemputan ke kenduri kahwin anak pengasuh Aina.Meriah kenduri kahwin ni dengan cabutan bertuah.Tengok tu, ada lauk ikan keli sambal berlada lagi, ish ish ish.Aina dan anak-anak Kak Ogy yang sibuk melayan kerenah Aina.Gambar blok B7 di Desa Pandan.

Saffana's Bamboo Rice & BBQ

Tak pernah Tedi sangka boleh jumpa nasi buluh di Cyberjaya ni.Malam ni kami singgah ke Affin Islamic Bank di Cyberjaya untuk bayar hutang kereta melalui mesin deposit tunai di sana.Kemudian selepas selesai urusan bayar hutang kereta tersebut, Mommy kata nak ke Tea Live.Tapi dalam perjalanan ke kedai minuman TeaLive tersebut tiba-tiba sahaja Mommy nampak restoran nasi buluh.Nama restoran tersebut adalah Saffana's Bamboo Rice & BBQ. Ia menawarkan hidangan Malaysia dan Arab.Contoh menu adalah seperti nasi putih dengan ayam bakar, pelbagai hidangan penyet, ada hidangan nasi arab, ada juga grill, ada juga pasta.Besar betul gelas air suam, barulah puas minum air. Gambar nasi buluh dengan ayam bakar. Mommy kata nasi tu lembut. Sup kosong pun sedap juga.Nasi Mendy Lamb pun tak kurang sedapnya cuma rasa herbanya kuat. Mommy kata kambingnya sedap.Jumlah harga hidangan kami ialah RM 40 setelah dibundarkan kepada ringgit Malaysia terhampir.Gambar suasana yang mendamaikan dalam restoran t…

Kiriman Berkaitan