1. Hari ini 6 Jun 2018, Aina ada temujanji di Hospital Serdang.
  2. Temujanji ini adalah temujanji kedua dengan pakar jantung kanak-kanak.
  3. Kami sampai sebelum jam 9. Mommy ambil nombor untuk daftarkan Aina.
  4. Master pula cari tempat letak kereta di sekitar Hospital Serdang.
  5. Ia adalah satu cabaran besar di sini kerana tiada tempat letak kereta yang mencukupi. Master terpaksa letakkan kereta di tepi jalan besar, yang agak menyusahkan pengguna jalan tersebut.
  6. Bahkan para doktor pun terpaksa parking di tepi jalan.
  7. lagi dahsyat apabila sebuah ambulance pun letak ambulance di tepi jalan, di belakang kereta kami.
  8. Hal ini membuatkan Tedi tertanya-tanya, kenapa kalau gomen buat hospital, tidak dibina sekali dengan bangunan letak kereta?
  9. Tambahan pula di Hospital Serdang ni ada juga bangunan UPM, maka lebih penting untuk mewujudkan bangunan letak kereta.
  10. Bukan Hospital Serdang sahaja, Hospital Putrajaya pun sama. Selalunya hanya hospital kerajaan yang dah lama sahaja akan bina bangunan letak kereta, seperti Hospital Kuala Lumpur, Hospital Seremban dan Hospital Ampang.
  11. Tak bolehkah apabila bina hospital baru, masukkan sekali bangunan letak kereta?