Bayi Aina muntah susu beku

Sepatutnya pada jam 1 petang tadi kami ada temujanji di Sonotron Tawakal.

Kami bergerak dari rumah sekitar jam 12 tengahari bersama Mak Su Izati. Rancangannya adalah kami akan hantar Mak Su Izati ke Institut Perguruan Islam Bangi, sebelum bergerak ke Seksyen 8 Bandar Baru Bangi di mana terletaknya klinik Sonotron Tawakal.

Kami tiba di IPG Bangi pada jam lebih kurang 12:30 tengahari.

Belum sempat Master nak letakkan kereta dalam petak letak kereta di IPG Bangi tu tiba-tiba Aina nak muntah. Tiba-tiba juga dia muntah, habis baju dia dan baju Mommy kena muntah dia.

Muntah Aina sungguh banyak, dan muntahnya macam susu basi yang dah bertukar menjadi keju! Baunya sungguh busuk.

Mommy tumpang bersihkan dia di kolej IPG Bangi.

Kami tangguhkan hasrat untuk mendapatkan rawatan kali ketiga di Sonotron Tawakal. Mommy menunda temujanji kami ke jam 9:30 malam nanti.

Hajat nak bawa Tok Ma ke Senotron Bangi

Insya-Allah kami akan bawa Tok Ma ke klinik Senotron Tawakal itu untuk merawat lututnya.

Tok Ma baru tiba dari Kelantan pada jam 9:00 pagi lebih kurang dengan menaiki bas Ekspres Mutiara.

Sepatutnya Tok Ma dan Tok abah tiba pada jam 6:00 pagi. Tetapi di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) boleh pula mereka pool-kan bas tu sebab ada bas yang rosak.

Pada jam 7 pagi lebih kurang, bas tu tiba di Putrajaya di mana pemandu bas menunaikan solat Subuh tanpa ajak para penumpang. Hal ini menyebabkan para penumpang tidak serentak turun menunaikan solat Subuh menjadikan perjalanan semakin terlewat.

Master pula telah bangun sejak jam 5 pagi dan panaskan enjin kereta. Pada jam 5:30 Master dapat tahu bas tersebut berada di Gombak.

Pada jam 6:45 pagi Master rushing ke Nilai sebab mengikut jangkaannya bas tu akan sampai waktu tu. Tapi bila sampai di sana tiada sebuah bas Ekspres Mutiara pun kelihatan.

Master mengambil kesempatan untuk melelapkan mata di dalam kereta di kerusi pemandu sementara menanti Tok Ma, Tok Abah dan Mak su tiba.

Lebih kurang jam 9 pagi Master menerima satu panggilan telefon daripada Tok Abah. Master meninjau ke kiri di mana sepatutnya bas Ekspres Mutiara berhenti, namun tiada sebuah bas pun.

sekali lagi telefon berbunyi, pemanggilnya ialah Tok abah juga. Naluri Master memberitahunya bahawa mereka sudah sampai, tapi di mana mereka?

Master meninjau pula ke sebelah kanan kereta di mana terletaknya jalan besar berhadapan dengan Dataran Nilai. Nah, di sana di seberang jalan di perhentian bas ada sebuah bas Ekspres Mutiara sedang menurunkan penumpang.

Master segera memandu kereta Subaru XV STI melepasi pusat 3S Honda Bandar Baru Nilai yang kelihatan sedang sibuk melayan para pelanggan pemilik kereta Honda yang menghantar kereta mereka ke sana untuk mendapatkan khidmat penyelenggaraan.

Konvoi Le Tour de Langkawi menghadang jalan

Di simpang di hadapan Pusat 3S Honda itu, Master membelok ke kanan memasuki jalan besar dan menuju ke lampu isyarat di persimpangan di Dataran Nilai. Lampu tengah hijau, dan baru sahaja Master nak memecut membelah jalan, tiba-tiba ada seorang anggota polis menaiki motosikal berkuasa tinggi meletakkan motosikal beliau melintang menghadang jalan dan mengarahkan kereta dari arah yang sepatutnya berhenti untuk bergerak.

Rupa-rupanya itu adalah konvoi Le Tour de Langkawi yang Tedi tak tahu mana destinasinya tetapi ketika itu ia menghala ke arah Masjid Bandar Baru Nilai.

Adakah aina sakit sebab minum Anmum Essential?

Aina masih batuk, dan muntah macam keju tu sungguh mengganggu kami. Apakah puncanya? Tak pernah Aina muntah susu basi macam tu....

Adakah ini kesan dari rawatan Senotron tersebut? Atau adakah ini kesan penggunaan susu Anmum Essential?

Kami rasa Aina patut disegerakan meminum susu formula NAN Prokid.

*** 24 Mac 2018 ***