Semalam Master ke Takaful Ikhlas di Bangsar South untuk bertanyakan perihal dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk menerima tawaran tuntutan sepenuhnya (total loss) daripada Takaful Ikhlas.

Tuntutan total loss kami dinilai RM 11000 (sebelas ribu ringgit Malaysia) untuk kereta Proton SAGA BLM 1.3 MT IAFM tahun 2009. Nilai diinsuranskan ialah RM 13000 (tiga belas ribu ringgit Malaysia)

Kandungan karangan kali ini:

  1. Barang yang perlu disertakan semasa terima tuntutan total loss
  2. Nasib baik Takaful Ikhlas dekat
  3. Berapa lama tuntutan insurans total loss diproses?
  4. Ada tarikh luputkah untuk terima tuntutan total loss? 
  5. Lokasi ke IKHLAS  Point di Bangsar South

Barang yang perlu disertakan semasa terima tuntutan total loss


Mengikut surat tawaran yang diterima Mommy, kami kena serahkan (mengikut kes kami):

  1. Semua kunci kereta yang diisytiharkan sebagai total loss.
    1. Kami cuma ada satu kunci sahaja iaitu kunci pendua manakala kunci utama semasa kami kemalangan telah hilang entah ke mana.
    2. Kakak kaunter kata kena tulis satu surat memaklumkan kehilangan kunci tersebut.
  2. Discharge Voucher / Letter of Subrogation yang ditandatangani dan dicop oleh pemilik sewa beli.
    1. Mommy cuma perlu isi bahagian pemilik kenderaan.
    2. Master pula isi bahagian saksi.
    3. Bahagian untuk bank atau syarikat kewangan tidak perlu kami isi kerana kereta itu telah habis dibayar pinjamannya.
  3. Salinan original Certificate of Takaful and Schedule.
    1. Kami tidak ada salinan sijil takaful ni, sebab rasanya Takaful Ikhlas tak pernah hantar, alhamdulillah kakak di kaunter tu terus cetakkan untuk kami.
  4. Salinan akaun bank sesiapa yang akan menerima bayaran tuntutan kerugian sepenuhnya (total loss) tersebut.
    1. Perlu nampak nombor akaun.
    2. Kes kami kena bagi salinan akaun bank Mommy.
    3. Kes tak bayar habis lagi kena tanyalah pihak Takaful Ikhlas, mungkin kena bagi Duly Completed GIRO Fund Transfer / RENTAS.
  5. Borang JPJ K3A yang ditandatangani oleh pemilik kereta.
    1. Master keliru dalam internet ada banyak versi.
    2. rupanya bila pergi ke kaunter Takaful Ikhlas Bangsar South tu kakak tu terus sahaja cetakkan borang berkenaan untuk kami.
    3. Mommy hanya perlu isi dan tandatangan bahagian atas sahaja.
    4. Bahagian pemilik baru kenderaan pula dikosongkan, dalam kes ni Takaful Ikhlas akan jadi pemilik baru kereta Proton SAGA BLM 1.3 Transmisi Manual tersebut.
  6. Salinan original Geran Kereta atau Vehicle Registration Card bagi kami yang masih memilik Geran Kereta lah.
    1. Zaman sekarang dah guna Sijil Pemilikan Kenderaan (Vehicle Ownership Certificate).
    2. Siapa guna VOC kena pergi JPJ minta salinan "Maklumat Terperinci Kenderaan dan Insurans".
    3. Untuk kes kami pula, Geran Kereta tu kena ada cop pembatalan hakmilik dari bank memandangkan dah habis bayar pinjaman kereta. Geran Kereta kami tiada cetakan tersebut bermaksud kami kena ke JPJ untuk kemaskini Geran Kereta tersebut.

Nasib baik Takaful Ikhlas dekat

Nasib baiklah pejabat HQ Takaful Ikhlas ni dekat sahaja dengan pejabat Master, jadi senang nak berurusan.

Pegawai di kaunter mereka pun amat membantu, cuma masa menunggu tu agak stress sebab rasa macam lama sangat. Master tunggu dalam sejam.

Kelebihan Takaful Ikhlas? Tak kisahlah, asalkan senang berurusan.

Berapa lama tuntutan insurans total loss diproses?

Selepas kami hantar semua benda yang diperlukan, tuntutan akan diproses dalam tempoh 40 hari bekerja.

Ada tarikh luputkah untuk terima tuntutan total loss? 

Tiada dateline, kalau cepat buat akuan terima tuntutan total loss, lagi cepatlah dapat duit yang dituntut.

Lokasi ke IKHLAS  Point di Bangsar South

Bagi sesiapa yang nak ke sana bolehlah ikut peta lokasi di bawah ni. Letak kereta di parking B1 dengan kadar RM 2 sejam kalau tak silap.

Tempat ni melayan ejen insurans selain pelanggan mereka, jadi anda akan berasakan bahawa menanti itu satu penyeksaan.

Quran Rawak

Surah Al-Qasas
Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah." (26)