Karangan kali ini adalah tentang si bayi Nor Aina yang warna tahinya kini berwarna hijau.

Kenapakah tahi bayi boleh berwarna hijau?

Berikut adalah jawapan yang Tedi perolehi melalui laman sesawang di serata dunia tentang apa punca najis bayi hijau.

gambar maksud warna-warna pada najis bayi
  1. Pemakanan sayuran hijau oleh bayi atau ibunya yang menyusu badan
  2. Pengambilan titisan atau makanan tambahan yang kandungi zat besi.
  3. Terlalu banyak foremilk bagi bayi yang menyusu badan sahaja.
    1. Foremilk atau susu awalan adalah susu ibu pada awal sesi menyusu apabila payudara penuh dengan susu.
    2. Foremilk kandungi kadar laktosa (gula susu) yang tinggi dan rendah lemak dan kalori.
    3. Foremilk bersifat nipis, berair, dan kelihatan putih atau kebiruan.
  4. Jangkitan
    1. Mungkin bayi alami jangkitan kuman dalam perutnya. Bayi perlu mengambil antibiotik untuk meredakan jangkitan kuman tersebut.
    2. Jangkitan kuman dalam usus pun boleh sebabkan najis hijau.
    3. Jangkitan kuman selalunya disertai dengan demam.
  5. Cirit-birit
    1. Najis hijau berair dengan bau busuk adalah tanda kurangnya pergerakan dalam badan bayi disebabkan virus.
    2. Jika najis disertai lendir, lebih baik merujuk kepada doktor paedatrik.
  6. Penukaran jenis susu formula
    1. Bayi boleh membentuk tindak balas alahan terhadap jenama susu formula tertentu lantas menghasilkan najis hijau.
    2. Rujuk doktor paedatrik anda.
  7. Tumbuh gigi
    1. Semasa bayi nak tumbuh gigi dia akan banyak menggerakkan gusinya sekaligus hasilkan lebih banyak air liur yang mengganggu lapisan usus yang sebabkan najis bayi berwarna hijau.
  8. Perubahan gaya pemakanan dan mula makan makanan pejal
  9. Sakit perut
  10. Demam selsema
  11. Sensitif dengan pengambilan produk tenusu oleh ibu
    1. Jika ibu yang menyusu badan mengambil susu lembu, ia boleh sebabkan bayi mengalami alahan sekaligus menyebabkan najis hijau.
    2. Bayi bawah satu tahun tidak digalakkan diberi minum susu lembu segar.
  12. Kesan pengambilan antibiotik
  13. Bayi berusia kurang 3 hari
    1. Bayi baru lahir akan keluarkan najis melekit berwarna hijau pekat yang dipanggil meconium.
    2. Ia adalah hal biasa kerana bayi itu membuang semua benda yang diambilnya semasa dalam rahim.
  14. Pewarna makanan tiruan
    1. Kanak-kanak yang makan atau minum makanan dan minuman yang mengandungi pewarna tiruan akan hasilkan najis hijau.
    2. Tak kisahlah pewarna tiruan tu berwarna apa, najis yang dihasilkan tetap berwarna hijau.

Apa yang perlu dirisaukan jika najis bayi berwarna hijau?

  1. Najis bayi kerap berwarna hijau. Jika kadangkala itu biasa, tapi jika kerap, lebih baik rujuk doktor paedatrik.
  2. Dehidrasi. Jika najis bayi hijau dan bayi ada tanda kekurangan air, dia mungkin perlukan perhatian perubatan.
  3. Ada darah dalam najis bayi hijau.
  4. Bayi mengalami ruam ketika najis warna hijau.
  5. Najis bayi hijau disertai bau busuk, ia mungkin tanda jangkitan kuman.
  6. Berat badan bayi turun mendadak.
  7. Kembung perut lebih 2 hari.
  8. Sakit perut atau kejang perut, selalunya ditandakan dengan perbuatan menarik kaki semasa menangis.

 

Penafian:

Karangan ini adalah rumusan kajian peribadi Tedi untuk persoalan kenapa najis bayi warna hijau, najis hijau bayi.