Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk kita boleh gunakan wang yang dimasukkan melalui deposit cek Maybank?

Sebelum ni Tedi hanya ada pengalaman deposit cek menggunakan mesin deposit cek CIMB sahaja.

Ini adalah maklumat yang Tedi perolehi daripada laman web Maybank sendiri berkenaan tempoh dan ruang masa tukar cek ke tunai Maybank.

Lama juga ek nak masukkan duit guna cek ni? Paling awal pun keesokannya selepas jam 10 malam kalau masukkan cek sebelum jam 4 petang... ish ish ish...

Kalau selepas jam 4 petang pula, hari ketiga baru boleh merasa duit tu, pun selepas jam 10 malam... huhuhu


Notis untuk Deposit Cek Maybank dan Masa Kesediaan Dana

Dana daripada cek akan tersedia dalam akaun Maybank si penerima seperti ketetapan berikut:

Masa Deposit Cek Masa Dana Tersedia
Hari Bekerja sebelum jam 4 petang.

Keesokannya (hari bekerja) selepas jam 10 malam

(tertakluk kepada float clearance)

Hari Bekerja selepas jam 4 petang.

Tiga hari bekerja selepas jam 10 malam

(tertakluk kepada float clearance)


Cek yang didepositkan pada bukan Hari Bekerja (Jumaat*, Sabtu, Ahad, Cuti Umum* & Cuti Hari Wilayah) hanya akan diproses pada hari bekerja seterusnya.

*Kelantan dan Terengganu sahaja.

FAQ

  1. tempoh cek masuk dalam akaun maybank ialah dari sehari hingga 3 hari mengikut masa ia didepositkan,
  2. bank in cek maybank berapa hari?
  3. tempoh clear cek maybank ke maybank ialah dari 1 hingga 3 hari mengikut pukul berapa kita depositkan cek itu.
  4. berapa hari maybank proses cek? Dalam masa sehari jika deposit pada hari bekerja sebelum jam 4 petang, dan tiga hari jika deposit pada hari bekerja selepas jam 4 petang. Duit sedia selepas jam 10 malam.