Tedi baru terjaga dari lena setelah semalam terlelap awal kerana rasa mengantuk yang amat. Pagi ni terjaga dengan niat nak belajar pasal DOJO Toolkit sikit.

Tetapi memandangkan interpretZZ ni sudah lama tidak dikemaskini, Tedi terpanggil untuk mencatat aktiviti pada hari ini sebagai satu memoir.

CEO ajak Master minum teh tarik

Petang semalam Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat Master bekerja telah mengajak beliau menghadiri satu sesi minum teh tarik dan makan sandwich.

Mereka membincangkan tentang impian dunia tanpa tunai di Malaysia dan dunia. Rupa-rupanya sesi itu adalah satu sesi untuk kakitangan syarikat itu yang akan dipindahkan ke sebuah syarikat baru.

Masih tiada bayangan bagaimana anak syarikat baru itu akan beroperasi, dan tidak juga Master tahu bila masanya dia akan bertugas di tempat baru.

Rumah sewa sudah ada penyewa

Semalam juga pada jam 8 malam, calon penyewa rumah sewa Mommy di Desa Mentari telah disewakan secara rasmi kepada seorang penyewa yang kini menetap di Kelang dan berulang-alik bekerja di Puchong.

Kami menandatangani perjanjian sewa rumah, sebelum diteruskan dengan aktiviti melawat rumah, dan pembayaran deposit.

Si penyewa membayar deposit sewa rumah dengan jumlah kurang sepuluh ringgit daripada nilai yang diminta. Dia kata dia mengalami kesukaran mengeluarkan duit bonusnya itu daripada mesin ATM sehingga tak cukup RM 10.

Ketika mendengarnya Tedi terlintas, benarkah pakcik itu benar-benar mendapat bonus pada masa ini? Atau adakah mereka berdua suami isteri sebenarnya meminjam untuk mendapatkan jumlah deposit sewaan rumah tersebut? Maklum sahajalah manusia ketika hendak mendapatkan sesuatu sanggup melakukan apa sahaja tambahan apabila sesuatu yang dikehendaki itu umpama pisang goreng panas.

Tak tahulah kenapa Tedi terlintas begitu, Tedi harap penyewa ini bagus dan tidak bermasalah, dan semoga mereka aman bahagia duduk menetap di rumah sewa tersebut.

Selepas ini tidak perlu mereka berulang-alik dari Kelang ke Petaling Jaya dan Kelang ke Puchong kerana Desa Mentari terletak di lokasi yang hampir dengan kedua-dua tempat tersebut.

14 Oktober 2017, jam 2:29 pagi. 20171014