Formasi 4-5-1 adalah formasi yang sering digunakan oleh mereka yang mahu bertahan dan menyerang balas.

Ia adalah formasi yang terkenal di Eropah.

Ada beberapa formasi 4-5-1, tapi formasi bertahan Top Eleven yang Tedi gunakan adalah formasi 4-1-2-2-1 yang pernah Tedi jelaskan dalam kiriman sebelum ini.

Barisan formasi 4-5-1 bertahan ini adalah menggunakan 4 pertahanan, 1 defensive midfielder, 2 central midfielder, 2 winger, dan 1 striker.

Serangan adalah melalui bahagian sayap Kiri dan kanan. 3 pemain paling atas.

Ini bermakna ketika menyerang formasi 4-5-1 ini boleh berubah menjadi formasi 4-3-3, namun kita memerlukan pemain penyerang yang tegap bertubuh besar, tinggi dan mempunyai kebolehan kawalan bola yang baik sama ada di udara mahu pun di darat, dan boleh mempertahankan bola dalam tempoh yang lama.

Pemain penyerang sebegitu boleh dilihat pada Didier Drogba.

Kenapa perlu pemain penyerang yang besar? Sebab formasi 4-5-1 ini memerlukan pemain penyerang bermain bersendirian di bahagian atas, jadi jika dia dapat bola, dia kena pertahankan bola itu sambil tunggu kawan-kawan datang membantu.

formasi 4-5-1 Top Eleven

Taktik 4-5-1 bertahan Top Eleven:

  • Mentaliti pasukan: bertahan.
  • Fokus hantaran: kedua-dua belah sayap.
  • Gaya pressing: kawasan sendiri.
  • Gaya marking: zonal
  • Force counter: Yes.
  • Offside trap: No.

 Di bawah ini adalah gambar menunjukkan taktik untuk formasi 4-5-1 bertahan dalam Top Eleven.

gambar menunjukkan taktik bertahan dalam Top Eleven menggunakan formasi 4-5-1