Seperti biasa ini adalah beberapa contoh ayat yang menggunakan perkataan "merenung".

Merenung boleh membawa maksud menatap, menjenguk, menafsir dan memahamkan.

Bina ayat daripada perkataan "merenung":

  1. Dia tidak berani menatap mata Ali yang sering merenungnya.
  2. Dia merenung ke luar jendela memerhatikan keindahan suasana matahari terbit.
  3. Dia selalu termenung merenungkan nasib malang yang sering menimpa dirinya.
  4. Kita sepatutnya sentiasa merenung apa yang telah kita lakukan sepanjang sehari sebelum kita tidur.
  5. Dia merenung wajah ibunya sambil tersenyum.
  6. Jika kita mengambil masa merenung kesilapan diri, tentu sahaja kita akan sentiasa memohon keampunan-Nya.
  7. Pihak sekolah meminta ibu bapa merenung maksud kandungan surat tersebut agar jelas apa yang tersurat daripada yang tersirat.
  8. Pernahkah kita merenung bahawa kehidupan kita ini berlalu dengan cepat dan terbazir sebegitu sahaja?
  9. Pernahkah kita merenungkan nasib mereka di Somalia contohnya yang kebuluran tatkala kita dengan mudah membazir makanan?
  10. Ambillah masa untuk merenung hakikat kejadian dirimu supaya kamu tidak kesesatan.

Merenung dalam Bahasa Inggeris:

  1. muse
  2. stare
  3. gaze at
  4. stare at
  5. contemplate
  6. brood over
  7. staring