Salam sejahtera kepada kamu.

Alhamdulillah, kini berada di atas katil berbaring sambil menghadap ASUS ZenFone milik Mommy yang telah Tedi daftar akaun Google milik Tedi ke dalamnya sekaligus membolehkan Tedi mencoret kiriman buat interpretZZ.

Walaupun agak janggal dengan sistem antaramuka dan papan kekunci jua sistem kamus yang disediakan oleh ASUS ZenFone ini, berjaya jugalah Tedi gunakannya untuk menaip beberapa patah perkataan.

Tablet 7 inci ini menggunakan papan kekunci ASUS keyboard yang membolehkan pengguna mendaftar perkataan baru ke dalam kamus. Tedi berasa sistem daftar perkataan ini adalah sangat ketinggalan zaman berbanding dengan papan kekunci Google keyboard yang memberi cadangan perkataan berdasarkan kepada perkataan yang pernah digunakan oleh kita semasa menggunakan produk-produk mereka.

Cadangan perkataan semasa menaip dalam aplikasi mobile adalah sangat kritikal bagi Tedi kerana ia mengurangkan taipan yang diperlukan bagi setiap ayat yang dikarang. Almaklumlah, pengguna akan keletihan menaip dalam gajet yang kecil di tangan mereka.

Tapi mungkin sahaja Tedi menilai terlalu awal kerana baru pertama kali gunakan ASUS keyboard . Mungkin sahaja ia akan semakin bijaksana apabila semakin lama Tedi gunakannya.

Bak kata orang tua-tua, alah bisa, tegal biasa.

Jun 10, 2017