Hari ini Tedi nak berkongsi beberapa fakta yang selama ini Tedi tiada pengetahuan mengenainya.

Gambar seekor Ikan Keli di kolam yang punyai 27000 deria.
  1. Perbuatan menghantukkan kepala anda ke dinding boleh membakar 150 kalori sejam.
  2. Seekor kutu boleh melompat sejauh 350 kali panjang badannya. Ia adalah seperti seorang manusia melompat sejauh padang bola!
  3. Ikan Keli mempunyai lebih 27000 deria rasa.
  4. Rama-rama merasa menggunakan kakinya.
  5. Otot terkuat pada tubuh badan manusia adalah lidah.
  6. Pengguna tangan kanan secara puratanya hidup 9 tahun lebih lama berbanding orang kidal.
  7. Gajah adalah satu-satunya haiwan yang diketahui tidak boleh melompat. Kalau gajah boleh melompat, tak tahulah apa jadi...
  8. Kencing kucing akan berkilau di bawah cahaya lampu hitam.
  9. Mata Burung Unta atau Burung Kasawari adalah lebih besar berbanding otaknya.
  10. Tapak Sulaiman tidak mempunyai otak.
  11. Beruang Kutub adalah haiwan kidal.
  12. Jika seorang manusia menjerit selama 8 tahun 7 bulan dan 6 hari, dia boleh menghasilkan tenaga bunyi yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.
  13. Jika manusia kentut secara istiqamah selama 6 tahun dan 9 bulan, cukup gas dihasilkan untuk mendapatkan tenaga sebutir bom atom. Tak tahulah saiz bom atom tu sebesar mana?
  14. Jantung manusia boleh memancutkan darah sejauh 30 kaki apabila ia mengepam darah ke seluruh badan.