Siapa pernah dapat surat tunjuk sebab kerana lewat hadir kerja atau tidak hadir bekerja atas sebab kukuh?

Master pernah.. huhuhu...

berita semasa jururawat pertikai alasan diberhentikan kerja

Apa kesannya jika diberi surat tunjuk sebab?

Apa yang Master pernah lalui ialah bonus beliau dipotong lebih separuh. Hal ini dinyatakan dalam surat makluman bonus kepada beliau.

Hal ini menyebabkan Tedi tertanya-tanya, apakah kesan buruk jika seseorang pekerja menerima surat tunjuk sebab di Malaysia?

Ini adalah beberapa jawapan daripada beberapa orang yang terlibat dengan sumber manusia.

  1. Anda mungkin takkan menerima kenaikan pangkat.
  2. Anda mungkin takkan menerima kenaikan gaji.
  3. Bonus yang anda terima akan dipotong.
  4. Anda akan "ditanda" oleh pengurus sumber manusia atau pihak atasan.
  5. Anda akan menerima Surat Amaran yang membolehkan anda dipecat setelah beberapa kali menerimanya.

Apa patut dibuat jika terima surat tunjuk sebab?

Terima, akui penerimaan, dan balas dengan sebab-sebab munasabah. Rekod anda telah tercemar apabila menerima surat tunjuk sebab. Langkah terbaik untuk dilakukan adalah cari kerja lain secepat mungkin.

Selepas menerima balasan surat tunjuk sebab daripada anda, pihak majikan boleh menentukan apakah tindakan selanjutnya kepada anda. Jawapan yang anda beri dalam surat tunjuk sebab akan digunakan untuk melawan anda jika ada kes di mahkamah.

Majikan boleh sahaja menukar anda ke kerja lain, memotong elaun dan apa-apa sahaja yang melunturkan motivasi anda untuk memaksa anda meletakkan jawatan.

Majikan boleh sahaja memecat anda, tapi majikan yang baik akan mengelakkannya daripada berlaku kerana ia akan mencemarkan resume anda pada masa depan, dan mereka juga perlu buat lebih banyak kerja jika mahu pecat anda, oleh itu mereka lebih suka pekerja berhenti dengan rela hati.

benarlah kata orang, saat kita kehilangan semuanya barulah kita akan kenal yang mana satu sahabat

20170128