Ermm... hajatnya tadi nak melawat beberapa blog ikutan interpretZZ, tapi laman yang sepatutnya menyenaraikan blog yang Tedi ikuti tu kosong pula dah.

Nak investigate apa masalahnya, dah malam benar ni. Tedi nak tidur, esok nak pergi sekolah, kalau boleh pada awal-awal pagi.

Tapi sebelum tidur tu nak share satu gambar di bawah ni, iaitu gambar air kopi O segelas bersama kuih koci.

Ia adalah gambar yang Tedi ambil semasa di sebuah kenduri kahwin yang kami hadiri di Kampung Parit Sidang Seman (jika tidak silap nama) di Sungai Rambai di dalam Daerah Jasin di negeri Melaka di Negara Malaysia.

Gambar air kopi O hitam yang dihidangkan bersama kuih koci di kenduri kahwin

Perkahwinan ini adalah di antara adik perempuan makcik Aishah dan pasangannya yang berasal dari kampung yang sama. Makcik Aishah kata mereka ni dijodohkan oleh ibu masing-masing.

Menyebut tentang air kopi O tersebut, Master kalau kenduri kahwin memang akan mencari air panas, selalunya teh tarik, tapi kali ni air kopi O yang dihidangkan. Selalunya kalau di kenduri kahwin, ia akan dihidangkan lewat selepas suasana agak reda, sebelum tu kenalah minum air sejuk sama ada air sirap atau di kenduri tadi air laici asam boi, agaknya la kot... hehe.

Nak dapat air panas di kenduri kahwin ni bukannya senang, kalau yang ada gunakan khidmat katering tu selalunya ada sediakan air panas ni. Kalau di kampung yang gunakan konsep rewang, kenalah pergi ke belakang kerana ia selalunya disediakan untuk petugas rewang sahaja. Majlis rewang bermaksud majlis gotong-royong untuk persiapan sesuatu majlis atau kenduri dan selalunya dikaitkan dengan majlis perkahwinan, susah nak dengar aktiviti rewang diadakan untuk majlis lain.

"Air panas" yang Tedi maksudkan adalah air minuman yang dibancuh dan dihidangkan panas-panas, manakala air sejuk pula merujuk kepada air minuman yang dihidangkan dengan ais.

Kalau di kenduri orang ada-ada atau orang kenamaan, Master malas nak cari air panas ni, sebabnya selalunya memang tiada. Kalau Master tanya Mommy kang mana air panas, mesti Mommy marah punya dan suruh jangan minta air ngarut-ngarut. Sebabnya selalunya kawan-kawan Mommy je yang buat kenduri ada-ada ni.

Air kopi O siang tadi memang okay, pekat dan tidak manis sangat. Kuih koci tu pula agak pelik sebab berwarna coklat, nyaris-nyaris Master tak makan.

Untuk ke Kampung Parit Sidang Seman tadi tu tidaklah susah sangat, dari Nilai kami ambil Lebuhraya PLUS dan keluar di susur keluar Jasin, kemudian ambil Lebuh AMJ. Jalan pun lengang tadi.

Plaza Tol Jasin tadi tiada lorong SmartTAG, tapi ada lorong tambah nilai (top up) Touch 'n Go. Dari plaza tol Nilai ke Jasin, nilai tol rasanya nak cecah RM 15 lebih kurang.

Itu sahaja catatan Tedi buat malam ini, selamat malam, esok pagi jangan lupa pergi sekolah....

\(^0^)/