Tedi sangkakan tugasan kali ini sungguh mudah.

Soalan seperti : "Senaraikan barisan jurulatih badminton kebangsaan Malaysia pada tahun 2016" sepatutnya senang sahaja untuk dijawab.

Tak sangka Tedi terpaksa menghabiskan 4 jam membuat kajian untuk mendapatkan senarai jurulatih badminton negara Malaysia yang tercinta ini.

Apakah ini satu kebodohan Persatuan Badminton Malaysia (BAM)?

Jurulatih kebangsaan kot, letaklah senarai nama mereka dalam laman web kamu tu, bukan sahaja senarai jurulatih buat tahun tersebut, tapi juga sejarah semua jurulatih yang pernah berkhidmat menjulang nama negara.

Update kandungan laman web sahaja kot... takkan nak tunggu projek juta-juta baru boleh buat? Lantik sahaja admin yang berkualiti dan berkredibiliti.

Nama dan logo penaja (sponsor) boleh pula kamu letak.

Bodoh betul BAM!

Senarai jurulatih badminton Malaysia bagi tahun 2016

Pengarah Teknikal : Morten Frost

Gambar Pengarah Teknikal Badminton Negara Malaysia

Jurulatih Perseorangan : Hendrawan, Teh Seu Bock, Indra Widjaja.

Jurulatih Perseorang Wanita : Sairul Amar Ayob (menggantikan Wong Tat Ming yang menjadi Ketua Jurulatih Scotland mulai November 2016)

Jurulatih Beregu Lelaki : Cheah Soon Kit

Jurulatih Beregu : Jeremy Gan

Jurulatih Beregu Bawah-18 : Cheng Wen-Hsing

Penafian:

Kiriman ini adalah kajian Tedi sendiri untuk mengetahui siapa jurulatih badminton Malaysia 2016... ia mungkin tidak tepat kerana Tedi mengkaji berita-berita badminton semasa. apa yang penting, Tedi dah ada idea siapa jurulatih badminton Malaysia.