Gambar makanan yang kaya dengan iodin yang diperlukan untuk perkembangan IQ bayi

  1. Sejenis garam mineral yang sering terlepas pandang oleh ibu mengandung adalah Iodin. Kajian oleh Web MD menunjukkan bahawa ibu mengandung dan ibu yang menyusu badan sering kekurangan Iodin.
  2. Apakah faktor berlakunya kekurangan iodin pada ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak?
  3. Para pengkaji di American Academy of Pediatrics yakin bahawa kekerapan mengambil makanan telah diproses memainkan peranan, kerana kandungan garam dalam makanan telah diproses tidak di-iodin-kan.
  4. Satu kaji selidik yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition yang melibatkan 1026 wanita di seluruh United Kingdom yang sedang mengandung atau mempunyai anak yang berumur sehingga 36 bulan, menunjukkan bahawa ibu yang sedang hamil tidak mengambil makanan kaya iodin seperti susu dan keju, telah membantutkan perkembangan otak anak mereka.
  5. Iodin diperlukan untuk menghasilkan hormon tiroid yang penting untuk perkembangan fetus (janin).
  6. 96% ibu mengandung yang diselidik sedar tentang zat umum yang dicadangkan buat mereka, tapi hanya 12% sahaja yang sedar tentang kepentingan iodin. Bayi dalam kandungan dan bayi yang baru lahir amat bergantung kepada ibu mereka untuk bekalan iodin.
  7. Kajian itu menganggarkan purata pengambilan iodin semasa hamil adalah 190 mikrogram sehari, di mana 74% mengambil kurang daripada saranan World Health Organisation (WHO) yang mencadangkan pengambilan 250 mikrogram iodin sehari.
  8. Kekurangan iodin memberi kesan kepada 1.9 billion manusia di dunia dan ia adalah salah satu punca masalah ketidakupayaan intelek yang boleh dicegah.
  9. Sumber utama iodin adalah makanan laut dan hasil tenusu. Patutlah orang kata makan budu boleh jadi cerdik, mungkin sebab budu tu kaya dengan iodin? Perlukan lebih kajian untuk membuktikan teori buah mulut itu.. hehe..
  10. Kaji selidik itu mendapati bahawa 84% peratus peserta tidak tahu bahawa iodin penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan, dan hanya 11 peratus sahaja pernah dengar tentang kepentingan iodin.
  11. Iodin adalah sangat penting ketika bayi dalam kandungan dan juga bulan-bulan awal selepas kelahiran. Untuk mendapatkan jumlah 200 mikrogram seperti yang dicadangkan, kita kena makan makanan kaya iodin seperti susu dan ikan laut dengan kerap.
  12. Jadin, jangan salahkan anak anda jika mereka lembab dalam pembelajaran atau mereka jadi OKU dalam kategori intelektual. Anda sendiri yang tidak membantu perkembangan IQ mereka semasa mereka belum lahir ataupun semasa mereka masih bayi. Apa-apa pun itu semua ketentuan Allah.

20161119 0723