Tonton TV melalui HyppTV Everywhere

Malam ini Master nak tonton Final Piala Malaysia di antara Selangor dan Kedah yang berlangsung di Stadium Shah Alam

Malangnya Mommy nak conquer TV kerana ada Gegar Vaganza, padahal siaran Gegar Vaganza tu yang tahun lepas lepas lepas pun ada ulangannya.

Terpaksalah cari alternatif macam mana nak tonton TV, perlukah Master menonton siaran lansung Final Piala Malaysia itu di kedai makan?

Malas pula Master nak tonton di luar kerana tidak seseronok menonton di rumah sendiri

Teringat pasal HyppTV Everywhere

Gambar login aplikasi HyppTV Everywhere

Master teringat pasal HyppTV Everywhere dan mula install aplikasi tersebut ke dalam telefon pintar ZTE Blade, kemudian register akaun, dan kemudian login. Mudah saja.

Tapi apabila nak tonton TV, duk loading sahaja tanpa ada sebarang gambar.

Kemudian di rumah Master cuba pula guna web browser untuk menonton HyppTV Everywhere. Selepas beberapa kali cuba install plugin yang diperlukan dengan sedikit sumpah seranah ke atas TM akibat kesukaran yang dihadapi semasa proses installation, akhirnya Master dapat menonton Siaran Lansung Piala Malaysia 2016 di antara Kedah dan Selangor tersebut, itu pun dah dekat nak habis separuh masa pertama.

Memang leceh betul install plugin tersebut, memula install dia kata spesifikasi komputer riba kami tidak memenuhi kriteria yang diperlukan untuk menonton HyppTV. Gila ka apa?

Master berdegil, dan reinstall plugin tersebut, akhirnya berjaya. Sebelum itu Master menutup pelayar web Firefox tersebut dan membukanya semula kerana sudah jadi kebiasaan kita kena restart apa-apa perisian apabila melakukan sebarang installation.

Kemudian untuk menonton HyppTV Everyvehere kenalah ke URL http://hypptv.tm.com.my/EPG/jsp/webtv/index.jsp untuk login jika anda mahu menonton gunakan pelayar web.

Walaupun gambar agak kecil, tapi memadai untuk menonton bola.

Tapi jika guna apps cukuplah install aplikasi HyppTV Everywhere melalui Google Playstore atau Google AppStore. Tapi seperti Tedi sebut di atas, sampai sekarang tiada gambar yang keluar melalui aplikasi tersebut, hanya ada loading icon sahaja.

Terima kasih TM kerana sediakan perkhidmatan ini, nasib baik kami berjaya menggunakannya pada pelayar web, jika tidak sudah tentu Tedi akan mencoret kata-kata kejian, kutukan, hinaan, sumpah seranah dan caci-maki ke atas TM.

 Cuma untuk aplikasi tu kena improve sebab rating pun cuma 3.4 bintang sahaja daripada 5 bintang. aplikasi yang baik sepatutnya minimum 4 bintang.


20161030