Langkau ke kandungan utama

Newcastle United belasah Preston 6-0 dalam aksi EFL Cup

Wahahaha.... ini adalah masa yang sangat bagus untuk Tedi bergembira.

Newcastle United telah membelasah Preston 6-0 dan kini berada di dalam kelompok 8 pasukan akhir Piala EFL. Penyertaan kedua dalam satu dekad terakhir.

Ramai pihak yang akan memperkecilkan peluang Newcastle United selepas ini kerana kita akan menghadapi pasukan-pasukan elit Liga Perdana Inggeris, tapi peduli apa kan? Nikmati kemenangan sementara masih boleh.

Gambar pemain Newcastle United bergembira tewaskan Preston 6-0

Tapi mereka harus ingat, Newcastle United sekarang berada dalam momentum dengan 6 kemenangan berturut-turut, 13 kemenangan daripada 15 perlawanan terakhir, dan ini adalah kemenangan kedua pada musim ini dengan jaringan 6 gol oleh Newcastle United! Yeeeha...

Newcastle menekan dengan perlahan tapi yakin. Isaac Hayden memberikan amaran apabila tendangannya dinafikan tiang gol, dan itu adalah percubaan pertama daripada 3 percubaan yang dinafikan tiang gol! Kalau masuk, memang meranalah Preston dengan jaringan gol lebih besar.

Stadium mula bergemuruh dan seminit kemudian Newcastle berada di hadapan. Matt Ritchie membuat tendangan percuma yang ditanduk ke dalam gol oleh Aleksandar Mitrovic yang jarang bermain untuk Newcastle.

Preston kemudiannya kehilangan Alan Browne yang dilayangkan kad merah kerana tangannya menghentam muka Jack Colback dalam pertarungan merebut bola tinggi.

Preston bolos buat kali kedua apabila Mohamed Diame merembat rendah dari jarak 20 ela dan dia sepetutnya menjaringkan gol keduanya sebelum separuh masa pertama apabila Mitrovic mengumpan Anders Lindegaard dari gawang gol, namun walaupun dengan pintu gol terbuka, bekas pemain Hull City itu merembat melepasi palang gol.

Newcastle United kemudiannya menambah gol melalui sepakan penalti oleh Ritchie apabila dia dijatuhkan, walaupun Mitrovic merayu untuk menyempurnakan sepakan itu.

Pemain Serbia itu menunjukkan kekecewaannya melalui saluran yang betul apabila dia menjaringkan gol melalui satu percubaan solo yang menyaksikan dia meninggalkan 3 pemain pertahanan Preston.

Kemudian Diame menyumbat gol kelima dan Ayoze Perez untuk yang keenam, dan kini semua peminat mimpikan Wembley.

“Ini adalah malam yang teruk,” kata pengurus Preston, Simon Grayson.

“Apabila kita berikan pemain habat masa dan ruang, ia akan menjadi hari yang panjang. Ia bertambah buruk apabila seorang pemain diarahkan keluar padang. Pada masa musim lepas, pengurus mereka mengurus Real Madrid, mereka adalah pasukan yang hebat.”

Ulasan

Kiriman Berkaitan