Bersin dan kegatalan tekak, adalah satu petanda, kita akan diserang selsema. Penyakit ini mungkin paling "remeh", tapi ia juga menyeksakan. Apabila anda merasakan bahawa "musim selsema" sedang melanda, ada beberapa perkara mudah yang boleh dilakukan untuk melindungi diri daripada jangkitan selsema.

Sumber gambar: http://www.chicagoparent.com/magazines/sponsored-content/2014/pediatrust-common-cold

Ini adalah senarai beberapa perkara "mudah" tersebut:

Kerap Basuh Tangan

Semua benda di sekitar kita dipenuhi bakteria. Syukurlah ada sistem pertahanan badan yang bekerja keras untuk melindungi diri kita daripada jangkitan penyakit. Ia menggunakan banyak tenaga untuk melaksanakan tugas hakikinya itu.

Kita boleh membantu meringankan tugas sistem imunisasi tubuh kita itu dengan selalu membasuh tangan kerana ia akan mengurangkan bilangan bakteria yang perlu dilawan oleh sistem pertahanan badan manusia.

Jangan Sentuh Muka Anda!

Menyentuh mata dan hidaung anda dengan tangan yang penuh bakteria akan memudahkan kita untuk jatuh sakit. Satu kajian di Negara Jepun  mendapati bahawa manusia yang kerap menyentuh mata dan hidung mereka adalah 41% (empat puluh satu peratus) lebih mudah untuk mendapat jangkitan pernafasan berbanding manusia yang tidak menyentuh bahagian muka mereka.

Jauhi Manusia yang Sakit

Jika anak dan pasangan yang jatuh sakit, tidak perlulah jauhi mereka. Tapi kalau kawan sekelas atau kawan sekerja atau kawan sepermainan anda sedang sakit, hindari mereka sejauh mungkin, tapi janganlah ketara sangat... huhu.

Bersenam

Apabila manusia bersenam, kadar tekanan akan dapat dikurangkan dan otak pula akan membebaskan endofin, satu bahan kimia yang akan meningkatkan sistem pertahanan badan secara semulajadi.

Senaman ringan yang konsisten adalah baik untuk kesihatan, tapi apabila manusia sakit, senaman mungkin idea yang buruk.

Berpelukan

Kajian menunjukkan sistem pertahanan badan boleh dirangsang dengan jayanya apabila manusia berpelukan. Urutan juga boleh membantu dalam kes ini.

Banyakkan Minum Air

Sebelum manusia sakit, semasa manusia sakit, dan selepas manusia sakit, air adalah rakan mereka. Tapi kalau minum air kopi ka, air teh tarik ka, tak aci la woi...

Tidur Secukupnya

Tidak cukup tidur walaupun hanya semalam akan menjejaskan ketahanan tubuh manusia. Jika manusia berasa mereka agak kehingusan dan kemudiannya mereka berehat 8 hingga 9 jam, manusia itu mungkin akan sihat walafiat selepas bangun tidur.

Tapi jika manusia itu degil tak mahu berehat hingga tak cukup tidur - mereka akan diserang demam selsema!

Ambil Vitamin dan Protein

Vitamin boleh tingkatkan sistem pertahanan badan, jadi manusia haruslah makan buah-buahan dan sayur-sayuran dan ulam-ulaman dengan banyak. Buah-buahan berasid sitrus adalah baik kerana ia ada vitamin C, vitamin utama dalam sistem pertahanan badan manusia.

Kekurangan protein juga menjejaskan sistem pertahanan badan, jadi cubalah ambil lebih protein dalam beberapa hari untuk tingkatkan pertahanan badan.

Minum Teh Lemon Campur Madu dan Kayu Manis

Lemon penuh vitamin C manakala madu campur kayu manis adalah ejen anti-bakteria dan anti-viral yang berkuasa.

Jauhi Rokok dan Arak

Kajian menunjukkan bahawa perokok lebih kerap selsema berbanding bukan perokok kerana bahan kimia di dalam asap rokok itu menjejaskan ketahanan badan.

Minum arak juga menjahanamkan ketahanan badan. Ia juga menyebabkan manusia kurang rehat, sedangkan rehat adalah penting kepada ketahanan badan.