1. Hari semalam adalah hari yang agak menekan jiwa kerana permainan tuduh dan menyalahkan orang lain telah bermula.
  2. Ini adalah hal biasa apabila ada insan yang mahu melindungi diri mereka dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka tidak terjejas.
  3. Mereka rela memusnahkan masa depan, periuk nasi dan juga maruah pihak lain demi menjaga kepentingan diri.
  4. Nasib baiklah GM memberi motivasi kepada kami semua dengan ungkapan, "kita tidak mahu melindungi diri kita, kita tidak mahu menyalahkan pihak lain, kita cuma teruskan dan memberikan penyelesaian".
  5. Tedi bertungkus-lumus menyiapkan kod untuk RaFID semalam dan alhamdulillah berjaya menyudahkannya.
  6. Tapi pada masa yang sama muncul pula persoalan tentang CaTU, bila masanya projek itu akan mula diuji?
  7. Dan pada waktu petangnya muncul pula persoalan tentang penggunaan bandwith oleh POSCon daripada satu client di luar. Ironinya bandwidth itu menghala ke satu server yang telah lama ditinggalkan.
  8. Persoalan demi persoalan, dan Tedi tidak tahu apa kan jadi pada masa depan. Berserah kepada Allah kerana Dia yang merencanakan segalanya.
gambar kata hikmah motivasi jangan bersedih abaikan mereka yang menyakiti dirimu dan teruskan hidup

Master dibenarkan memakai baju business smart casual semasa bekerja

  1. Petang semalam juga Master dimaklumkan bahawa dia dibenarkan memakai baju business smart casual mulai minggu hadapan.
  2. Kebenaran ini adalah untuk membolehkan Master menjadi lebih gembira dan kreatif.
  3. Ironinya Master baru sahaja beli 2 pasang seluar slack yang masih belum sempat dijahit kakinya.
  4. Mungkin sahaja Master akan memakai baju kemeja dan seluar slack seperti biasa kerana pakaian sebegitu lebih mudah disiapkan.
  5. Pakaian business smart casual yang dibenarkan untuk Master adalah versi gabungan pakaian kasual dan juga pakaian kerja, contohnya memakai seluar jeans dengan kemeja kerja.
  6. apa yang penting adalah pemakaian itu hendaklah kemas dan nampak smart juga memberikan keyakinan kepada para pekerja apabila mereka perlu bermesyuarat dengan pihak ketiga atau pihak pelanggan.
  7. bagi pekerja lelaki mungkin tiada masalah selain kekemasan, tapi bagi pekerja wanita pula mungkin akan ada masalah lain iaitu pakaian yang agak seksi atau terdedah sana sini atau terjojol di sana sini.
Gambar koleksi pakaian smart casual untuk pekerja lelaki ke pejabat